PKP 2.0 & WFH
"Assalamualaikum! Apa khabar saudaraku sekalian..." Ternyanyi tak? kalau tak tahu, aku bagitahu. Lagu kumpulan Raihan, tajuknya Assalamualaikum . 2021..berkesinambungan daripada 2020 yang berawalan daripada 2019. Tiga tahun ini membawa duka yang dalam kepada kehidupan manusia sejagat. Covid-19 yang bermula di negara Tanah Besar China, merebak dengan jayanya ke seluruh pelusuk seantero dunia. 2020 yang dicanang bakal membawa dimensi baru, hanyalah palsu. 2021 menjengah, namun si Covid masih belum blah! Bermula 13 Januari 2021, kerajaan Malaysia telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi negeri Selangor dan beberapa negeri yang lain. Seremban, Negeri Sembilan akan join the group bermula besok!haha..padan muka..Darurat Kesihatan juga telah diwartakan, bagi mengekang sebarang penularan yang lebih serius dalam kalangan rakyat Malaysia. Kes pun makin mencanak naik. Tak main dah 1, 2 dan 3 digit. Kita tapau 4 digit! Di pejabat tu pun makin ramai staf yang positif.