hari khamis sudah...;(

Jam di komputer riba jelas menunjukkan pukul 12 tengah malam lebih. Ini menandakan hari baru telah masuk, iaitu hari Khamis, 29 hb Disember 2011. hmm..beberapa hari lagi nak masuk tahun baru 2012. Maksudnya, lagi beberapa hari saja lagi peperiksaan akhir semestar bagi semestar ke-5 aku akan bermula....

5 hari lagi...sabar menanti..tapi, sekarang ini aku masih lagi sibuk sedang menconteng diruangan ini. Kayaknya tidak ada kerja dong!!
semua subjek belum habis baca lagi. kalau dah habis pun, hanya sekadar baca olok-olok saja..jadi, memang betul la kawan mengatakan aku ni seorang yang pemalas..;)

siang hari ni, banyak masa telah dihabiskan dengan menonton Master Chef Malaysia. hebat betul mereka yang layak masuk. Remaja lelaki berusia 18 pun layak. memang mantap la.Aku yang dah 21 tahun 5 bulan pun terkedek- kedek lagi nak masak...siap western punya dish pun dia boleh prepare..tak kurang juga sorang doktor gigi tu.perempuan, cantik!hehe..bertuah la, sapa kawen dengan dia...;)

malamnya, ingt nak habis kan baca nota untuk subjek Rawatan Air Sisa..tiba- tiba kawan telefon, minta tolong dia. motor dia mati, x boleh start..aku pun keluarla dengan berkain batik sakan. siap test bawak naik kawasan atas lagi..haha..
biala, bukan mati pun kalau pakai kain batik. lelaki pakai kain pelikat naik foodcourt lepak je..
apa salahnye kalau perempuan pakai kain batik keluar dari kawasan blok!huhu...

hmm...apa lagi yang aku nak nukilkan...??cepat3..nak sambung baca buku..target malam ni tidur pukul 3 pagi..haha..konon-konon je.lepas ni slow2 tarik laptop atas katil....kemudian.......zzZZZzz(-.-)zzZZ

~ahlan wa sahlan ya yaumul khamis..~

semoga iman aku seteguh akar pokok ni...xlapuk dek hujan, xlekang dek panas. tak tumbang dek ribut dan hujan lebat...
amiin..;)

Catatan Popular