~ SEMANGAT YANG HILANG......~


Hurrmmm...study week adalah minggu ujian dan cabaran bagi aku....
mengapa??kerana di sinilah kamalasan atau kerajinan seseorang terserlah.....
jikalau aku, semestinya kemalasan...
waktu yang diperuntukkan untuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan sedang aku gunakan dengan sia- sianya...
ibaratnya aku tidak mengetahui bahawa perkara yang tidak bisa diundur adalah masa yang telah berlalu dan juga kata yang telah terucap....

namun, aku memang manusia yang tidak pandai bersyukur tegar...
nanti, bila masa peperangan sudah bermula, sebokla aku baru nak mengasah pedang, membelek senapang , dan sebagai nya...

bila tersungkur di medan, baru kesal itu menjengah..
dah terhantuk baru nak terngadah...
itu saja yang paling sesuai untuk ditafsirkan bagi situasi aku....


bak kata ayah aku...
"dah keluar tahi, baru nak cari jamban..."

"jika kau fikirkan kau boleh!
kau hampir boleh melakukan
jika kau fikirkan kemenangan!
kau hampiri kejayaan...."


VICTORY IS MINE...LET'S FIGHT FOR IT. WITH ALLAH'S HELPS AND MY WILL
BIIZNILLAH...INSYAALLAH...;)

Catatan Popular