Pelan: APA mahu buat & MANA mahu pergi

Assalamualaikum wbt

agak sudah lama aku tak menulis.

asalnya, memang banyak yang aku nak nukilkan. namun, semuanya bersifat peribadi dan hanya wajar jika aku mengadu kepada si Pencipta.

oleh kerana perasaan agak terganggu dek beberapa masalah peribadi, aku terfikir untuk membuat pelan jangka pendek.

tapi, satu lagi masalah timbul. dengan siapa aku nak kongsi pelan aku. kalau "APA mahu buat", boleh lah sorang-sorang. tapi, "MANA mahu pergi" itu agak sukar.haha..*kesian*

kali ini, aku nak menyenaraikan mana-mana tempat yang aku nak pergi (hanya sekitar KL), apa yang aku nak buat, sebelum aku habis belajar.

1. aku nak sangat pergi CHOW KIT ROAD.

  ~kenapa chow kit?sebab, cerita-cerita pasal orang gelandangan, kanak-kanak terbiar, isu mak nyah, dan     banyak lagi isu yang aku sendiri nak tahu dan nak saksikan sendiri. jika ada yang aku boleh tolong, aku nak sangat tolong. itu lah target aku. dan, ada satu badan NGO ni tubuhkan 'Chow Kit Kita'. agak menarik juga.banyak pengisian yang dilakukan, terutamanya untuk membimbing anak-anak di sana.

2. aku nak pergi KL Bird Park juga...

~dekat mana ni?semestinya di Kuala Lumpur. merupakan antara taman burung terbuka yang terbesar. terletak di tengah-tengah bandaraya KL. perjalanan ke sana juga tidak begitu rumit, memandangkan terdapat direktori. tapi, aku mahu berjalan kaki ke sana dari stesen KL. barulah namanya explore..

3. Taman Rama-rama Kuala Lumpur

~terletak berhampiran dengan taman burung. taman-taman ini terletak dalam kawasan Lake Garden.

4. aku nak buat T-shirt sendiri.

~mendapat ilham setelah membelek laman FB 'chow kit kita'. mereka membuat t-shirt sendiri untuk dijual. sangat bagus! aku yang student alam sekitar pun hantar kedai untuk print baju. what a shame!! tapi, memang aku nak sangat cuba. mungkin nanti bila cuti panjang. tutorial pun banyak kat utube. antaranya tutorial print baju sendiri. menarik sangat!! nak buat 8 helai t-shirt yang sama design, untuk satu family aku!cewaahhh..!!

semoga pelan-pelan aku ini berjaya direalisasikan. namun, ada siapa-siapa yang sudi jadi partner aku untuk explore KL?haha...:)


Catatan Popular