Da' LIMA: PerJIMBAan di musim exam

Assalamualaikum.

alhamdulillah, akhirnya di waktu sore tadi, maka selesailah aku menjawab soalan peperiksaan akhir bagi subjek EMG3502 (Undang-undang Kawalan Pencemaran). Kenapa aku sangat risau dan cuak pada paper ini? Kerana aku tak tau apa yang nak dibaca. Bila dibelek nota kuliah..astaghfirullah, bercelaru!dengan semua tulisan CAPS LOCK! sapa larat nak baca, cik jah oii!! Alhamdulillah, memang lancar giler aku jawab tadi. memang superb la. tak sangka. Tapi, bila keluar dewan, dengar membe-membe bincang...amek kau!!salah jawapan aku!haha..
tak mengapala. aku telah berusaha. apa yang tinggal adalah berdoa dan bertawakkal..;)

ok!aku tak nak cerita benda yang menyesakkan jantung.dalam entry lepas, aku ada bagitahu kan yang membe aku dari muar datang sini?ada, tak baca la tu!haha.alhamdulillah, beberapa tahun tak berjumpa akhirnya dapat juga bersua muka. betul ke dah lama tak jumpa?tahun lepas punya book fair kita jumpa kan?haha

dan, beliau menginap di kamarku selama 3hari 2 malam. fuhh!dah macam tajuk cerita pulak! apa yang syoknye, bila dia datang maka berlakulah reunion kecil-kecilan sesama kami. ada kawan yang sama U, tapi tak pernah tidur bilik aku akhirnya merasa juga. aku yang tak pernah menjejak ke bilik Serumpun, jejak juga. lagi?tu je la..

alkisahnya, malam semalam kami telah keluar berjimba setelah mengambil seorang kawan yang tinggal di Pantai Dalam. Oh ye, tujuan membe aku datang sebab nak gi Hari KOOP sekolah sempena 10 tahun penubuhan sekolah. baru 10 tahun umur sekolah aku. muda kan?haha.

melencong aja!k, dari UPM, kami ke KL. dari KL kami ke Kajang. untuk apa?? untuk makan satey Kajang la. landmark kajang kot. Sate Kajang Haji Samuri (aku baru je guna nama ni sbg case study dalam paper law tadi). makan-makan-makan, kenyang!burrpp...!alhamdulillah. 1st time sebenarnya makan sate Kajang. rasa biasa, cuma harga yang mahal gilor!



kemudian, kami bergerak ke Putrajaya. Singgah dataran depan Masjid Putrajaya. usha-usha anak anak orang, dengan bapaknye sekali. amek-amek gambar, dan chow!






kami ke jambatan warna-warni pula (tak tau nama sebenarnya). sebelum ni aku gi, tak bercahaya pun jambatan tu.musykil! tapi, subhanallah, cantik! nasib camera aku agak ok. jadi, bisa lah menangkap gambar yang AGAK ok.








apa lagi yang kami buat?tu je kot, sebab nak kena balik kolej sebelom pukul 12. eeei, macam sekolah kan. ada waktuwaktu masuk. tak matured..konon! dan 2 malam berturut-turut aku tidur bertemankan 2 orang kawan. MALAM PERTAMA dengan atiqah ishak dan mastura. malam kedua dengan atiqah ishak LAGI dan hamiza.

seronok bila dapat jumpa kawan-kawan ni. walaupun kita tak berapa rapat masa sekolah, tapi bila lama tak jumpa, rasa macam "kita geng eh dulu?"hahaha..


~disebalik keseronokan itu, aku sedikit terguris hati. tak sangka dia bersikap sebegitu.sebelum ni, kalau dia bawak kawan, aku layan je.tak da nye nak keluar bilik, nak balik bilik pun tanya, "kawan ko ada lagi ke?"
itu lah lumrah kehidupan namanya.

sometimes, what you give, you wouldn't get it back..

Catatan Popular