Travelog to Seoul: 2nd Day

Assalamualaikum w.b.t

REPUBLIC OF NAMI ISLAND

Untuk hari yang kedua, memang kami telah save untuk ke Pulau Nami sepenuhnya. Pada asalnya jadual ke nami adalah pada hari sabtu, iaitu hari ke-lima. Tetapi, atas faktor cuaca kami terpaksa menukar jadual kami. Adalah sangat diharapkan pada sesiapa yang ingin datang ke Korea, selalulah memeriksa ramalan cuaca sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Dibimbangi plan anda akan terencat dek hujan renyai-renyai yang berpanjangan. Mereka di sini tersangat yakin akan ramalan yang dibuat oleh meteorological department mereka. Boleh dikatakan 90% ramalannya adalah tepat. Dan, rakyat korea sememangnya akan memakai trendy boot sekiranya hari tersebut dijangkan hujan!

Bagaimana untuk sampai ke Pulau Nami?
Di sini aku akan memerincikan strategi @ cara untuk ke sana.

"pertamanya, sekiranya anda berada di MD atau di mana-mana sekalipun, sila ambil subway ke Anguk Station (line 3, oren) dan exit #6 menuju ke Insadong. Satu lagi alternatif adalah subway ke Jongno 3(sam)-ga Station (line 1, biru tua). keluar ke exit#1.Dua-dua stesen boleh digunakan, tapi pilih yang terpendek dan tercepat sampai. Matlamatnya adalah sama, iaitu untuk ke Insadong! di situ, bus ke Pulau Nami disediakan.
untuk keselamatan dan mengelakkan keserabutan, sila book tiket anda sehari sebelum ke sana.jika tidak, padah menanti. reservation boleh dibuat di sini.
untuk ke tempat bus, sila keluar dari stesen subway mengikut exit yang betul dan cari signboard yang bertulis "Tapgol Park". Bus terssebut terletak ditepi taman tersebut. sekiranya tersalah arah, sila bertanya orang disekeliling. sebagai kata kunci, kata 'nami'. memang diorang tau la."
perkhidmatan bus ke pulau ini adalah sekali pakej, termasuk bus pergi dan balik, entrance fee, dan feri pergi dan balik. semua maklumat ada dalam link yang aku bagi kat atas. perjalanan ke sana agak lama dan mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. memang tidur sempat mimpi dulu la nak sampai sana.

ini lah bas yang dimaksudkan

ada apa dengan Pulau Nami?
pada asalnya, ia bukanlah sebuah pulau. bahkan, hanyalah sebidang dataran kecil di tengah-tengah sungai. Namun, kesan dari pembinaan empangan maka terhasillah pulau tersebut. untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh baca dalam pamplet yang diberi oleh information centre. tak pun, dalam bas tu ada disediakan buku khas mengenai pulau ni.

tapi, the most and foremost attraction kat sini adalah peninggalan set drama korea yang hit suatu masa dulu iaitu "winter sonata". sungguh aku tak tengok langsung cerita ini. tapi, cerita ni la pioneer kepada kegemilangan drama-drama korea sekarang.



selamat datang ke pulau nami





ni la trail yang femes kat pulau ni. lagi cantik musim sejuk dan luruh

tugu memperingati scene dalam drama WS




Dah penat berjalan, perut lapar. jadi, jom kita makan! nak cari makanan halal kat sini tak susah, sebab Mawi dan Heliza ada promote tempat best kat sini. (aku tak tau pun cerita yang ada mawi ngan heliza tu. xda Astro kan..). Nama kedai tu adalah "Yeongajiga Lunch Box". nama lain dia, "the Drama Cafe". sila jangan berasa was-was kerana logo halal jelas terpampang di kedai tersebut!

solat juga tak menjadi masalah kat sini, sebab ada disediakan musollla di bangunan yang sama dengan cafe ni. nama bangunan tu adalah "BAPLEX".



nasi goncang 10 000 won (nasi + telur+kimchi)



kalau nak pusing pulau ni jalan kaki memang tak sempat la. oleh itu, perkhidmatan basikal ada disediakan. 3000 won bagi setengah jam. seeloknya kalau nak sewa basikal, amek sejam terus. baru puas hati. kalau 1/2 jam, memang rushing la. macam aku hari tu!hahaha



 ikut pakej bus ni, waktu dia dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang. jadi, lebih kurang pukul 6 jugak la aku sampai hostel. malam tu siap untuk ke lain pula.

HAN RIVER CRUISE


ikut plan, malam nye nak naik cruise sepanjang sungai han. siap-siap la lepas maghrib tu ke subway MD untuk ke Yeuido Station (line 5, warna ungu). keluar je dari subway hujan renyai-renyai. masak! dah la malam, jauh pulak perjalanan..tapi dek kerana dah sampai, redah aje la. jalan punya jalan, keliru dengan signboard. ada 2 taman arah bertentangan. bincang punya bincang, kami decide ke taman yang dekat sikit.



sampai ke sungai memangla, tapi bukan ke tempat jeti untuk naik cruise. tapi hujan memang lebat yang amat. lencun habis kain seluar. maka melepaslah peluang kami untuk menaiki cruise di sepanjang sungai han.
perjalan hari ke-2 adalah 2 tempat sahaja. lepas kecewa di sungai han, kami pulang dengan perasaan yang terkilan. balik-balik, mandi dan terus tidur!

~sebenarnya ada 3 tempat untuk naik cruise. lagi 2 tempat kat Jamsil dan Ttukseom. kawan aku rekemen naik kat Yeuido sebab nanti dia akan pusing satu pulau. lagi pun itu the nearest dgn hostel kami...
 

Catatan Popular