Travelog to Seoul: 4th Day

Assalamualaikum..:)

Bersungguh betul nak cerita pasal dia pergi Korea. Padahal dah seminggu dia stay kolej tak buat apa-apa. RM58 dah bayar untuk yuran kolej. Tak pa la, walaupun sebenarnya aku dah muak nak cerita lagi tapi sebagai ingatan di masa depan, akau gagahkan juga untuk habiskan kisah 6 hari 5 malam aku di sana.

NAMDAEMUN MARKET


Namdaemun adalah sebuah kawasan yang pesat dengan aktiviti jual beli. Ia juga adalah pusat kepada kegiatan membuat kerongsang dan pelbagai aksesori lain, seperti gelang, cincin, hairband, dan sebagainya. di sini juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk mencari cenderahati sebelum pulang ke tanah air. Harga standard yang diletakkan oleh tuan kedai adalah 10 000 won. Namun kalau kena gaya, kita boleh dapat paling rendah 7000 won.

T-shirt 'i love korea' pun ada kat sini. Ok, memang la ada. standart pasar la. kat KL pun melambak t-shirt tu. Time aku pergi ni, tak ada beli apa-apa pun. survey-survey dulu. t-shirt ada dijual 3 helai 10000won. macam 3 RM10 jugak la. tapi, warna terhad kepada hitam, putih, dan kelabu. seaweed ada juga!

Besoknya aku pergi lagi ke pasar ni. time tu baru pulun bagai cari sourvenier dan baju. Mohon perhatian, kawasan ni aktif pada waktu pagi. ya, PAGI! tapi, pagi dia pun tak ada la awal sangat macam pasar tani kita. pukul 10.30 pagi waktu tempatan adalah masa yang sesuai untuk datang. waktu ni, semua ahjummas, dan ahjussi yang guna mobile stalls dah bukak kedai. biasanya, yang dekat mobile stalls lagi murah barang dia, dan senang dirunding!

oleh kerana aku datang terawal, memang kedai yang dicari tak jumpa!lama juga pusing-pusing, ziarah tempat buat brooch, dan akhirnya kami sampai kat tempat yang kami tak datang semalam. T-shirt! ye, aku nampak baju korea tu. tiba-tiba owner stall tu tanya.." Malaysia?" haha. orang Malaysia memang femes kat sini. kaki shopping la katakan. pastu memang nak tawar harga serendah mungkin! memang typical geng-geng rombongan cik kiah!!

pakcik ni offer t-shirt yang biasa 3 for 10 000 won, dan yang berwarna, 2 for 10 000. sapu je la, memandangkan portion duet aku untuk shopping tak disentuh lagi.

Namdaemun ni tak susah pun cari. kalau stay dekat myeongdong, jalan kaki pun boley. aku dah try hari tu, lepak-lepak jalan kaki tengah malam kat myeongdong, sesat sampai ke namdaemun. kakalu nak naik subway, sila berhenti di Hoehyeon Station . then exit megikut signboard yang bertulis 'namdaemun market'.
t-shirt 3 10 000 won.


ada certain orang kat cini boleh cakap "mari, mari, Malaysia.."


EWHA WOMEN UNIVERSITY & HONGIK UNIVERSITY


Lepas berjimba di namdaemun, kami balik hostel kejap sebab membe yang lain semua tangan dah penuh dengan hasil belian.

Destinasi seterusnya adalah Ewha Woman Univ. Di sini adalah syurga buat mudi-mudi remaja remaji yang gemar bershopping. memang heaven! budak-budak u kan, so kedai-kedai tu mesti tawarkan benda yang trendy lagi versatile untuk attracts students. kawan aku sendiri cakap, nak sambung master kat sini. kononnya u depa memang cantik. padahal, aku tau niat di hati yang paling dia. nak shopping la tu....:p

senang kata, tempat ni memang best la. harga pun sedap la. affordable, kalu kita tak cuba convertkan kepada Ringgit! ada beberapa kedai yang jual beg yang cantik dengan harga 10 000won. semua beg dalam kedai tu 10 000 won. tak gila ko? kasut-kasut, heels, wedges, sneakers, kena pandai tengok la. sebab cantik, harga dia pun cantik. 40 000 won! kalau tukar ringit, adalah lebih kurang RM120.

oleh sebab tersangat la best tempat ni, aku dah leburkan duet aku dengan membeli sepasang sneaker berhara 13 000 won dan sebuah beg silang berharga 10 000 won.

cara ke sini? Ewha Woman Univ station (line 2, warna hijau). exit ke mana-mana je la. tengok signboard dia.

ewha road


main entrance ke univ. open for public

environment dia sangat cantik

nice design and buildings

nice people?oh noo..:p
hajatnye nak jalan lagi kat sini, tapi waktu tak mengizin kan. kami gerak ke next destination, iaitu Hongik University. Cari-cari tak jumpa pun U nye. tapi, jalan je la. sini pun banyak kedai-kedai baju dan kasut. jiwa anak muda. apa yang best kat sini, dia ada macam street perfomance, arts dan bagai oleh students. club pun banyak sini. jiwa anak muda..:)

jalan-punya jalan, tiba-tiba ku nor jerit  "weh, cafe hello Kitty!!". ketemu juga cafe ni. tapi, ada sorang amoi ni dok amek gambar sorang-sorang kat depan cafe. biaq pi la. kami pun nak amek gambar gak. tiba-tiba amoi tu cakap "malaysia?"
 kami : "ya"
amoi : waahh, lama nya tak dapat cakap melayu
kami: ceh, budak cina rupanya.

alkisahnya, budak ni student UPM juga.haha, keciknya dunia. dia buat twinning programme sempena summer kat korea. dia study kat sungkyungkwan univ. budak kimia industri. and kami guessed she's in 2nd. tolong dia amek gambar depan cafe, then dia masuk cafe. kami pun jalan lagi, dan ku nor bersuara lagi " cat's castle!". dia memang hantu kucing. oleh sebab, tempat tu berunsur kucing, dia pun sangat curious nak tahu.

rupanya, ia adalah cafe juga, tapi berunsurkan dan bertemankan kucing-kucing comel yang hidup. nak masuk je kena bayar dan kena beli kopi dalam tu. tak kose aku nak minum kopi dengan kucing. busuk kot bau kucing!



ITAEWON


kami sampai Itaewon lebih kurang jam 2.30 petang. first of all, cari masjid dulu, nak solat zohor. di Itaewon ni, ada satu-satunya masjid di Seoul. Seoul sahaja la. kat Busan ada juga. sini ramai orang asing. especially area masjid tu. ramai Pakistan, Turki, Bangladesh, India pun ada kot, dan tidak kurang juga Indonesia. Restoran turki bersepah! oleh sebab summer, dorang jual ais-krim turki. sedap, cuba la! 2500 won. tapi, masa nak ambil ais krim dari penjual tu, hati-hati. jangan cepat melatah! dorang kuat bergurau. haishh!!

kat makan memang sangat tak kesah. hilang segala was-was sebab restoren muslim. kami makan kat Muree Muslim Restaurant. Orang pakistan kot, tapi dia ada serve korean cuisine gak. dan kat dalam restoren tu juga la, aku dah tukar angan-angan mat jenin aku pasal cara aku jumpa bakal laki aku!haha..maafla, aku memang kuat berangan!

dah habis makan, berborak dan solat asar, kami balik la. penat dah badan. rasa macam tak ada apa pun kat itaewon. rupa nya, bila dah balik ni, tengok drama korea baru tahu. itaewon ni famous dengan imitation products dia. apa tu? barang-barang ciplak. nyesal tak explore habis-habis..


masjid Itaewon


tempat kami menjamu selera tanpa sedikitpun perasaan syak!



 siang harinya tu je la aktiviti kami. sampai je hostel, aku dan syafiqah buat keje gila. kami gi naik namsan tower dengan berjalan kaki, daki bukit bagai! serius taubat tak nak buat lagi. rasa nak pitam daki tangga-tangga tu! penat sangat. tapi, ramai je couple-couple yang naik dengan heels siap! memang hebat la dorang. maaf, saya tak sehebat anda..:(

janjinya nak sampai bilik pukul 8, dan kami nak makan ddeokbokki sama -sama kat myeongdong. sebab kelewatan, kami sampai lebih kurang 8.15 malam. apa yang terjadi?? sedih! serius memang terasa hati betul. sampai hati diorang. dengan kunci pintu, dan tinggalkan telekung kat luar. WTH?

ingat ada surau la kat situ, boleh kitorang solat maghrib?? syafiqah memang dah menyumpah jampi serapah on the dot! tak tau la, mungking dek bahan kemaruk nak shopping. sanggup tinggalkan kawan. bagi meredakan kemarahan syafiqah, kami pun ambil la wuduk kat pantry tingkat bawah. rasa cuak, sebab bukan kita sorang je dalam tu. semua bangsa ada dalam hostel tu. kot-kot dorang turun pantry nak buat kopi, ktotang tengah ambil wudhu.

lepas tu, aku ajak la syafiqah solat kat rooftop. dengan lantai yang berhabuk dan gelap, kami redah je. tanggungjawab kepada Ilahi tu lebih penting. buat mereka yang buat begitu pada kami, sesungguhnya aku telah maafkan kalian. tapi, kalau korang on our shoes lagi terok korang punya reactions!

oleh sebab hati tengah menyirap, kami tak jumpa pun kat restoren tu. mintak bungkus je. kami buat singgah kafe. masuk caffe bean. model dia jang geun suk. nak wafle, tapi dah habis. minum kopi je la. dan satu lgi adegan yang aku tak kan lupa. bahana espresso. aduyai..then kami ke cafe angel in the house. bantai wafle harga 5000 won. kenyang kot!

malamtu jugala kami merayau jadi kutu rayau sampai tersesat ke namdaemun. tapi kami tak gelabah. darah pengembara ada dlm diri kami!ceahh!!!haha

besoknya hari last. rasa sedih juga.

Catatan Popular