Dubu dubu

Azan zohor baru saja berkumandang bagi kawasan KPZ dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.

haha..assalamualaikum!

Aku tak ambil lagi kad diskaun 1 Malaysia tu. membe-membe yang lain kebanyakan sudah ambil.
ikut giliran, turn aku jumaat lepas kol 9. tapi, apakan daya.
ada kelas kot pagi tu.then petang tu nak prepare slide yang tak siap lagi untuk progress presentation.
maka, terlepaslah peluang aku untuk mengambilnya minggu lepas!

hari ini, aku tak ada kelas pagi. satu-satunya kelas adalah pada jam 5 petang ini hingga jam 7.
woohaha!!best betul masa kelas.
jadi, aku ingat nak pergi awal sikit, dan singgah di Kompleks Akademik A untuk ambil kad tu.

ada apa dengan kad tu, sampai aku teruja terkinja-kinja nak cepat sangat?
haaa...kerana 'Dubu dubu'
apakah itu?
ia adalah sebuah restoren yang menyajikan makanan korea..sila rujuk ini.

membe-membe yang pergi korea dulu craving nak makan korean food.
aku pun sama sebenarnya.
kat sana dulu tak berpeluang nak rasa daging yang bungkus dalam daun.
apa nama dia?aku pun tak tahu..haha

lantas, dengan adanya kad diskaun tersebut, harga makanan akan dapat dikurangkan dalam 5-10%.
agak berbaloi la, walaupun tak ada beza sangat harga sebelum dan selepas diskaun.

kami rancang nak pergi hari khamis ni, memandangkan semua tak ada kelas.
namun, apakan daya.
aku mungkin akan pergi ambil ujian undang-undang jalan raya khamis ini.
harapnya tak jadi la kan!haha..

lagi satu kekangan adalah....
TIADA UANG!!
duit dari pihak penaja tak masuk lagi.
buat lesen pun terpaksa pinjam dari kawan..
sadis-sadis! tapi tak apa. dapat duet  aku bayar la.

gambar ini di'google'.
~go dubu dubu~

wasaalam..;)

Catatan Popular