Saya budak baru belajar ^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

terasa lama sangat aku tak menulis.

keinginan tu ada, tapi emosi dan perasaan membataskan had peluahan.
(betul ke ayat aku ni?)

banyak dah benda dan kejadian yang berlaku.

Lepas aidilfitri, peristiwa bagaimana aku sefamili berhari raya pertama kat tepi jalan..
hmm, sungguh sadis!
sudah la pertama kali balik Kelantan naik kereta.
pertama kali abah memandu sebegitu jauh, lebih kurang 500 km.
dengan pengalaman tayar kereta meletup di tengah jalan di Felda chiku, Gua Musang!
nasib abah sangat tenang, walaupun itu memang pertama kali dia menukar tayar kereta.
abah sangat paranoid dengan kelantan, lebih-lebih lagi Gua Musang.
malahan, syarat menantu dia; tak kesah la kelantan pun, kalau dah jodoh. tapi bukan dari GUA MUSANG!!
haha..dahsyat bukan?



selepas habis cuti semestar, sesi kuliah bagi tahun ke-empat pun bermula.
ini sem last aku kat UPM.
sem depan aku fully intern.
dah masuk belajar, cuak dia lain pula.
projek aku tak siap lagi
membe-membe yang lain semua dah separuh siap.
aku........tawakkal je la.

minggu lepas ada 'progress report presentation' bagi setiap pelajar.
cuak tak cuak.
semua orang dah siap, boleh la cerita progression dorang.
aku??
bagi alasan je la..

lepas habis cuak present, ingat dapat la melepaskan cuak malam tu
t-shy cakap, minggu ni nak pergi join volunteer work for homeless kat KL
tapi, perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.
ditakdirkan dia senggugut dan sedang guling-guling atas katil malam tu..-.-"

Semalam hari sabtu..
aku pergi kelas memandu!
"woahh!dah final year baru nak ambil lesen, orang lain habis SPM berebut-rebut nak ambil..", kata pakcik pick-up.
apa kan daya pakcik, pintu hati baru nak terbuka
tu pun lepas fikir seribu kali
nak LI punya pasal.
kalau aku dapat tempat yang dekat dengan rumah, boleh la abah hantarkan.
kalau sekali tempat dengan Shahidah (kakak aku), boleh tumpang sekaki.
kalau aku sorang-sorang??
lu pikirlah sendiri...wohoooo..:)

Malam tadi pula ada program 'Malam Tunas Putra'.
aku dengan jiwa terbukanya pergi dengan roomate.
majlis apa ni?
ini malam kebudayaan untuk pelajar-pelajar tahun satu yang baru mendaftar.
tema majlis malam tadi adalah "boria cerita rakyat"
17 kolej bertanding, dengan 9 pasukan (satu pasukan 2 kolej)
kolej aku (KPZ) gabung dengan K5, dengan nama produksinya "PENDETA HARMONI PRODUCTION"
cerita rakyat yang diinovasikan, yang telah dipersembahkan malam tadi  adalah " Puteri Hang Li Po"
terbaiikk! memang hebat crew-crew PHP.
memang salute pada mereka.
PHP menggondol 2 anugerah, iaitu pengarah terbaik dan cerita terbaik dan seterusnya melayakkan diri memenangi tempat ke-3 keseluruhan!
woohoo..dahsyat!!

berbalik kepada majlis malam tadi.
kalau ikutkan akal fikiran, dan jiwa seorang yang berlatarbelakangkan sekolah agama (aku la tu)..
memang itu sebuah majlis yang sangat lagha dan penuh maksiat; tarian, nyanyian, dan pergaulan.
namun, seolah telah menjadi tradisi aku. setiap tahun aku akan menghadiri majlis tersebut.
lebih-lebih lagi, ini tahun yang terakhir!
-..-"

begitulah coretan pembaziran masa aku.
begitu bangga aku mengumumkan pembaziran tersebut.
sedangkan aku tahu, seorang yang tidak menggunakan masa sepenuhnya adalah manusia yang sangat rugi!
dan aku tahu, sesungguhnya aku adalah manusia yang paling rugi!!

begitulah catatan dan rangkuman peribadi sepanjang beberapa minggu ini.
entah bila peribadi diri ni dapat diubah!
bila ditanya..
jawapan bodoh akan diberi:

SAYA BUDAK BARU BELAJAR

wassalam.


Catatan Popular