Genting: Tanah Pusaka Lim Goh Tong

Assalamualaikum..

Tanggal 2 Muharram 1434H bersamaan 16 November 2012M.
Semalam 1 Muharram merupakan perpindahan tahun bagi umat Islam diseluruh dunia dari 1433 ke 1434H.
Semalam juga merupakan permulaan detik detik hitam bagi saudara Islam di Palestin apabila tragedi 2009 berulang di malam tahun baru..

Dikala Muslim di Palestin berjuang mempertahankan diri dan keluarga, aku dan beberapa kawan keluar berjimba sempena cuti umum awal Muharram.
teruk sangat aku rasa.
sepanjang perjalanan, rasa serba salah sangat. tapi rasa tu tak membantu sikit pun umat Islam di Palestin=.-"

kemana aku pergi?
ada bagitahu pada entry lepas.
kami ke.......TANAH TINGGI GENTING
kalau tempat lain tak da la rasa bersalah sangat,tp genting! kota keriangan yang digembar-gemburkan.

bertolak dari serdang pada jam 7.30 pagi ke stesen komuter.
tiket akan dibeli di Stesen KL Sentral, di tingkat 1 bertentangan dengan kaunter tiket intercity.
sebelah kaunter tiket Genting ada kedai bakeri. jd, senang la nak nampak.

banyak tempat boleh beli tiket untuk ke Genting.
antaranya KL Sentral, Gombak, dan lain-lain. boleh rujuk _____
harga agak affordable la. aku amek pakej bas return dan outdoor game.
sila rujuk ini.

bas bertolak dalam jam 9.30 pagi. harus diingatkan, bus nya tersangat la tepat. jadi, hadirkan diri anda sekurangnya 10 minit sebelum bas berlepas!
dalam 1 jam perjalanan merentasi sempadan negeri, sampailah ke terminal bas yang merupakan stesen perantaraan ke Genting.
di situ, kereta kabel disediakan.tp, masa aku pergi, perkhidmatan kereta kabel ditutup selama 3 hari (15-17Nov).

maka, tunggulah bas dengan bersesak-sesak bersama-sama segerombolan makcik-makcik sinetron yang begitu ramai.
lebih kurang sejam tunggu, baru dapat naik shuttle bas ke puncak genting.
oleh kerana, pakej yang dibeli adalah untuk outdoor game.maka kami turun di depan outdoor park.
bas akan meneruskan perjalanan ke First World Hotel.

bangunan colourful tu Fisrt World Hotel.
lepas serahkan tiket kat kaunter, kami pun terus meneroka game2 untuk dicuba. tapi sayang, selama 5 jam di situ, hanya 3 game yang dapat dicuba. ini kerana masa banyak dihabiskan untuk beratur...=..-"

siap tulis masa lagi tau!

game pertama adalah: Sungai Rejang Fluid Ride.

perghh...speachless! masa beratur tu, lepak-lepak lagi. rasa macam tak adventure pun game ni.
bila sampan teroleng-oleng dalam air, dengan susah payahnya dia bergerak..........tita-tiba nampak bukit!
ahh sudah. naik punya naik bukit tu..................SPLASSHHHH!!
waahhhh....!!rasa nak tercabut jantung. nak tercampak dalam air pun ada...
basah baju.tak expect langsung macam tu trick dia.....

sebelum kejadian. hati tenang lagi, tiada gundah-gulana

selepas kejadian.masih tersenyum, kerana bersyukur masih HIDUP!

naik terkedek-kedek..stop......turuuuuuuuunnnn!!

splasss!!jantung rasa tertinggal kat atas.

selepas 2x di'spalash'kan
baju memang agak basah, tapi seluar jgn cerita la.memang lencun!air sejuuuk gila! terketar-ketar bila keluar dari bot..

game kedua: SPACE SHOT

halahaaaiii..game ni lagi gila. memang nampak macam best. awal-awal beratur tak rasa apa sangat.
tapi, beraturnya ada la sampai 2 jam. panjang nak mati..
tunggu punya tunggu, layan sorang budak sewel, abang perasan nak tolong.....
jeng3....!!
tiba turn aku.
okay, naik............................................................................stop!
#$%@&@*@*(bunyi gas keluar)
zrruuuuuuuuuuuuuupppp.................................turun!!!
ya Allah, Tuhan je la tahu macam mana takut dan apa-apa je la perasaan masa turun tu.
separuh nyawa macam dah tertinggal kat atas.
rasa macam nak tercampak kat bawah.
jerit??
jangan cakap la.
aku sorang je yang jerit kalangan 12 orang yang naik..
gila weh, membe yang duduk bertentangan dari aku pun dengar aku jerit..-.-" malu saya!
lepas turun yang laju gila tu, dia enjut-enjut beberapa kali, then habis!
beratur dua jam, mainnya 1 minit.
(tu pun dah kira sangat lama..)

ni la rupe space shot nye. ada org panggil solero shot.

heeee..tobat!aku tak nak naik dah. tshy nak naik lagi...;O
game ketiga: FUN KART

okay, game tak segila game-game sebelumnya. tapi, ia agak membodohkan diri aku sendiri..
beratur pun agak lama juga. dalam sejam gitu. bergesel dengan budak India yang suka bergesel badan...eeeuuww! dan berborak dengan pengantin baru 4 bulan kahwin..
game ni go-kart je sebenrnya. bawak kereta enjin mesin tebu.
masalahnya, aku ni dah la baru jeblaja bawa kereta.tu pun baru 1st class attended. apa sangat yang aku reti.
sekali bawak, memang hampeh la.
rasa nak jadi halimunan je. dengan keadaan jalan yang cam ****, kereta yang macam ****, skill memandu aku yang macam *****....
arrrgghhhh!!malu3.
dah la abang safee sali macam dah gelak kat aku je!
wallaa..memang macam ****.
sekian, go-kart macam ****.

fun-kart. 14 kereta sekali main..

ni la abang safee sali tu.kantoooi aku amek pic dy(xpa, xnk g dah)

game-game lain:








maka berakhirlah pengembaraan aku ke kota kesengsaraan keriangan.
bagi yang tak pernah pergi, kalau nak pergi, pergi je la. sekadar untuk mencuba dan melihat sendiri apa yang diperkatakan oleh orang ramai.
memang kalau diikutkan terdapat kasino di situ dan perjudian. tapi, bagi ak niat itu penting!
terokailah apa sahaja, kerana ia tak salah asalkan tidak bertentangan dengan syariat...:)

salam Muharram.
(11 muharram birthday aku..muahaaha..)

Catatan Popular