INDIA 2016: Himalchal Pradesh (Part 1)

Ok..kita teruskan ceritera yang tak didendang ni.

Aku tulis ikut hari la. Senang sikit nak karang. Oleh sebab ini blog ana yang punya, maka penulisan yang bongkak dan angkuh adalah haruss..😊😊😊

1hb Nov 2016:

Den berangkat ke KLIA 2 dengan mengambil bas dari Aeon Bkt Tinggi. Tiket blh book online tapi harus dlm tempoh lebih 24 jam dari masa depart. Harga dri Klang ke KLIA2 adalah rm12. Blh bkak website "aerobus" kalau nk book online. Lps dh book, wajib la print tiket tu. Aku buat muka selenge je tunjuk dlm hp, sbb xda printer di rumah.hehe...😂😂😂

Sampai airport, aku dh mcm rusa masuk kampung. Almaklumla, first time g airport sorang2. Selalu ada kawan. Tapi bagus la. Sampai bila nak mengharap orang.
Penantian itu satu penyiksaan. Aku kena tunggu Kak tina & Kak Dila sampai sebab flight sama. Nak jalan2 kat situ, den x bpe nk hafal selok belok. Kang ada gak sesat! Lepas dh jumpa akak2 berdua, maka bertaaruflah kami. Mereka ni kawan kepada Kak Zila juga. Officemate. Kemudian, kami tunggu Kak Zila pula sbb flight tix aku pada dia.

Bla....bla bla.
(Berborak. Kang detail pula aku citer)

Ok dlm flight tu kami bertiga je Melayu. Perempuan. Adik flight attendant ingt kitorang ni student medic kat sana!kihkihkih...😝😝😝 flight duration ke Hyderabad dlm 4 jam lebih. depart jam 9.00pm, arrive dlm 11.00pm sana. Beza waktu dlm 2 jam setengah. India lewat.

Hyderabad ni power dgn briyani dia. Ada native Indian sebelah nk suggest restaurant briyani best kat situ, tp apakan daya. Kami transit 2 jam saja. Adik attendant tu pun syorkan rasa briyani kat sana.

Ok. Dah sampai Hyderabad.


Sblm lepas pos2 kawalan di airport, jgn lupa isi arrival card. Kalau x jumpa kat meja2 menulis, sila minta di kaunter. Pastikan dah ada alamat penginapan ye disana. Kalau gebang pun dia tak check kot. Janji alamat tu valid!

Sementara tunggu flight transit ke New Delhi dgn menggunakan khidmat "Indigo Airline", kami singgah ke kaunter utk check booking tix. Sekali drama sinetron 200 episod hindi subtitle terjadi! Ah sudah. Aku dah pening. Tapi tak mau cter la. Kita skip
.
.
.
.
Kami punya knight in shining armour bg penyelesaian terbaik. Maka, kami pun menurut perintah.

Ini solusi alternatif untuk ke New Delhi selain dari ambil kapal terbang!

1. Ambil Pushpak bus dari airport ke train station Seckunderabad (rs 239/pax. berhenti tepi jalan. Station jauh lagi) Sekali lg Allah hantarkan penyelamat pd kami ditengah mlm buta. Seorang uncle assist kami sepanjang perjalanan ini.


2. Dari bus stop tu, kami dgn belagaknya insist nak jalan kaki. Tak layan abam2 auto. Tapi nsib baik keegoan kami dipatahkan apabila dpt tmbg rs10/pax ke station tu. Giler tengok jalan sepanjang ke train stn tu. Anjing lg. Orang2 nya lg. Kami ni dh la pompuan. Dpn blkg beg gedabak! syukur naik auto. Thanks uncle!

2hb Nov 2016

3) Seckunderabad train station. Kat sini satu hal lg. Dengan orang ramai yang beraturnya. Kami pulak yang tak faham satu hapak pun (tipu la x fhm lgsung), nasib uncle ada. Dia deal dgn org kaunter. Berkurun lama deal kat kaunter tu, dpt la kami tiket ke New Delhi. First train jam 7 am. Harga tiket ni paling mhl sepanjang 13 hari kat sini. rs2450. around rm120+ jgak la. Paling tak tahan tempoh dlm tren tu. 25 jam beb!! Nasib beli tiket sleeper couch + ac. Tidor bgn je la keje. Selang sejam ada la bunyi "chai...chai...." "samosa...@#$$%^&". Tapi bau samosa dia mmg mengancam!





Sampai New Delhi dlm jam 10am 3hb Nov. Banyak kan masa terbuang?
Hmm...alhamdulillah, ada hikmahnya yang aku tak tau.

Selingan;
- di airport hyderabad mmg ada wifi. Tp kite x blh access w/out local mobile network.
- tmbh sengal lg, di airport tu tiada menjual simcard!
- in case of emergency, ada phone booth di ground floor utk kegunaan. kami guna utk call org di m'sia, tp x berangkat! 😬😬😬
- di stesen tren Seckunderabad, blh la beli stok air mineral dhn jajan. Jajan kentang Lay's tu produk India. Beli la byk2, buat stok mereput dlm tren.
- di situ juga ada ruangan menunggu khas yang diasing ikot jantina. Mmg syok la. Ada kipas besar, bench panjang, charging section. Toilet, cermin panjang semua ada!

Haha...panjang kan karangan? Isi sikit je. Sbb tu dulu penulisan tak bpe nak bagus..😂😂😂

Sambung lain kali pulok deh!


Catatan Popular