INDIA 2016: Introduction!

Fuhh...fuhh!
(Tiup habuk namanya)

Rasanya hampir dua bulan dah aku pegang title "unemployed" ni. Nekad giler resign haritu walau tahu susah nak cari keje balik skrg. Tapi, memang tak menyesal aku buat begitu!

Oleh kerana dah resign, aku pun dgn gatal hatinya pergila join satu open trip ni. 13 hari tempoh trip tu. Start 1hb sampai 13hb Nov lepas.

Trip ni cover certain parts of Himalchal Pradesh (northern region). Oleh kerana join open trip, maka mmg aku x kenal la ahli trip kecuali akak organizer ni sbb ada join trip dia pergi hiking di Jakarta last Mei. Jumlah semuanya 5 orang gegadis buhjangg..๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Untuk pengangkutan kesana, wajibla ambil flight kan?tak kan nak kayuh tongkang pula. Tiket Airasia kalau kena time promosinya, mmg blh dpt murah la. Oleh sbb takda promo, kami transit di Hyderabad kemudian langsung ke Delhi. Kak Tina & Kak Dila dpt hrga murah gler tiket. Aku sorang je mahal! dasar tak sedar diri menganggur. Tapi sbb dh mintak tlg orang beLikan, terima je la..๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

Visa jgn lupa ye. Kita wajib ada visa utk ke India. Visa blh diBuat di pejabatnya di bangunan Sultan Abdul Samad, KL (dekat Dataran Merdeka). Harganya mmg membuat aku tersedak. Tapi sbb dah beli tiket, tak kan nak burnt gitu je. Pejam mata bayau je la. Hampir rm200 kos visa ke India. Tp valid utk 6 bln.

Ohh...utk visa India ni, ada special requirement. Kena sediakan gambar pasport bersaiz 2"x 2" berlatar putih. Mmg besau la gambau tu. Lepas tu, bwk la gmbr saiz biasa utk buat permit kalau nak masuk certain area.

Hmm..apa lagi ye nak citer utk overview trip ni. Rasa tak da dah. Kalau ada lg, aku selit dlm next entry. Nak gi basuh besen dulu. Ma den dah bising tu. Dah la pg buta sblm subuh besok nak blik kg. Maka, den permisi dlu.

Jap jap lagi aku sambung!๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜



Catatan Popular