INDIA TRIP 2016: Himalchal Pradesh (Part 2)

Hmm..ehem!
Kita sambung lagi. Gigih nau aku mengarang. Walhal jam 4 pg nanti aku kna bgn, tlg ma den siapkan bekal utk perjalanan 7 jams!

3hb Nov 2016

Setelah berkematu punggung bertapa dlm tren, maka sampai lah kami ke New Delhi Railway Station. Oh jap! Dlm tren tu ada toilet. Ada cangkung dgn duduk. Blh pilih. Singki kat luar pun ada. Tapi mungkin ini special facility utk couch orang kayo-kayo. Ko hado?haha...ok sambung balik.

Aku ni excited la nk jejak tanah nyata, lps sehari injak lantai tren. Sekali turun dari tren...........
.
.
Tak terungkap bau yang mencucuk2 hidung kembang aku! Kak tina mmg dh prepare awal face mask dia. Namun, sia-sia jugalah usahanya. Hancing hamis dgn tahap keasidan yang sungguh!errgghh!!

Ohh...bila dh turun tren, naik jejantas dan ambil belah kanan. Lepas tu follow je la signboard utk cari exit dari stn tu. Boleh tanya En. polis kat sana, tp tgl faham ke tidak je la.

Lepas dah keluar, tgl korang pilih je la nak g mana. Kami perlu ke airport Delhi pula. Ada urusan tak selesai. Melilau la cari mana stesen metro dia. Tanya orang sekeliling, akhirnya jumpa juga! x jauh pun. Depan sikit je jln. Tapi, mohon tahan la baunya!

Sistem metro dia tahap KLIA EXPRESS kite jugakla. Laju pun berdesup. Tapi dia punya tambang mmg puas hatila! rs60/pax utk sehala journey ke airport. Kalau convert, kurang dari rm6 duit kte. Cuba la compare dgn harga dari KL Central- KLIA, umpama langit dan bumi!

Takde pula gmbr dlm metro tu. Sbb aku nampak sign dilarang ambil gmbr. Aku pun tunjuk kat kak tina. Sekali orang blkg tu terasa. Terus dia smpan blik hp dia!hahaha...i got you, abam! Den skema!ye..

Sampai airport, kami cari simcard dlu. Senang nk berhubung. Oleh kerana kedai simcard dlm arrival hall dan kami diluar, maka amat tidak dibenarkan kami masuk kecuali dgn bayaran! Berapa rupee ntah sekali masuk. Aku pun x ingat. Kak dila masuk sorang. Masuk semua buat hbis duit je..
.
.
. (Kang aku cter detail, satu mlm x hbis)

Sementara tunggu kak zila dgn sorang lagi ahli, kami check-in dlu Backpacker Panda Hostel. Kalau naik metro, sila turun di RK Ashram Marg. Tgl menapak je kesana. Tapi kami decided amek teksi je. Tak larat dah wei.
Ini Kak Tina. Banyak bakti beliau pd perut aku..😄
Tambang teksi kami dpt rs600/car. Asal dia minta rs1000. Tapi rasanya blh dpt kurang lagi kalau pandai argue. Dlm kete tu, driver tu byk gak bercakap. Peramah la. Tapi, traffic condition kat sini lg teruk dari yang aku tgk kat Jakarta. Bunyi hon x pernah diam. Dengan keadaan jerebu nye. Perrggh..kalau aku cter, mesti ada y ckp aku ni menjijikkan. Tapi nak tunjuk betapa kotornya udara, 'bijih emas' jd hitam legam tau! Kalau lap muka dgn wet tissue, mmg hitam habuk melekat.

Ohh..hostel tu kami ambil dorm. Satu dorm 8 katil. rs400/pax utk weekdays. Weekend rs450/pax. Bilik selesa. Toilet kat dalam. Ada pantry blh msk-msk. Senang cter selesa la. Recommended!

Tak byk gambr kan entry2 aku. Mesti bosan! Sabar, nanti aku blnja gmbr kat himalchal. Tapi ai guna hp je. Macam leceh je.hehe..tengok la.

Cikedot!


Catatan Popular