Tak Malu...Tak Tahulah

 Assalamualaikum..

Kom apa, kombat!!

Permulaan tahun baru 2021 dan dihari pertama PKP 2.0 dimulakan. Oleh kerana sudah sekian lama tidak menconteng di sini, aku gagahi juga untuk menconteng.

PKP..kerja pun alternate at office dan at home. Alkisahnya..hari ni kerja dari rumah. Nak turun keluar beli makanan memang tak la. Lagipun banyak gerai tak buka musim-musim PKP ni (my assumption la..). Sarapan makan roti Gardenia sapu kaya. Nasib roti byk lagi dekat rak kedai tu. Org sini educated kot, xda panic buying. Lunch, lauk 2 hari lepas prepared by kak marina masih elok.

Bermulah perancangan mkn malam. Memandangkan belum keluar duit lagi utk belanja makan, aku pun decided untuk order pizza. Lama sgt dah nak makan, tp malas nak beli. Maka, jam 6 tadi aku pun selesai buat order pizza online. Katanya order akan siap jam 6.30 ptg. Kita pun berdebar nak tnggu abg pizza ketuk pintu. Siap pakai tudung 15 minit awal, sbb tak nak gelabah.

Tunggu..dan tunggu..

6.30 petang.

Hp masih sepi, tiada yg telefon.

Tunggu...

6.45 petang.

Masih tiada ketukan.

Ini tak boleh jadi! Tapi tunggu la lagi, walaupun hati rasa tak sedap. Check balik emel confirmation order..

Rupanya order aku untuk takeway..nun sana di PJ. Kita ni jarang order makanan online. Patutlah berdebar semacam dari first buat order! Konon..nak sedapkan hati. Maka aku pun call lah 1300-88-2525, untuk menerangkan situasi yang terjadi.

"Bla..bla..bla." 

Adik tu cakap dia cancelkan order. Untuk bayaran yang aku dh buat, katanya akan refund. Tapi tak tau dapat ke tak balik duitnya, mmg fully salah den. Nasiblah tak banyak sangat. Tapi banyak la juga. Sedih dan malu pada diri sendiri. Aku pun merajuk tak nak makan malam, hatta roti ada atas meja.

Dalam jam 8.00 malam td, housemate balik kerja (dia kerja bank). Dia sparekan murtabak sikit atas meja (kita merajuk kan, duduk dlm bilik..). Maka, untuk tidak menyiakan murtabak itu, aku pun cancel merajuk. Thanks yana!

Tobat tak nak order makanan online sendiri!

Sekian.


13.1.2021, Bukit Kerinchi.



Catatan Popular