Aku hanya seorang ANAK ANGKAT

yeayyy!! bila mood nk merepek datang, 2 atau 3 kali entry dalam sehari pun boley!haha.

dua minggu lepas, aku join program anak angkat, anjuran u. nama program tu "Program Anak Angkat Remaja Sihat (PARAS). program ini bertempat kawasan perumahan Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor.
Program selama 4 hari 3 malam itu tersangatlah memenatkan batin mereka yang tidak berapa bernasib baik.

alhamdulillah, aku dapat keluarga yang pada hemat aku adalah tersangat baik. nama ayah aku En. Nasri dan mama pula bernama.................................ahh sudah!aku lupa nama mama. biane...-.-"
aku ada seorang lagi saudara seangkat, iaitu nor Khairin bt Khairil ****(xingt). adik beradik angkat seramai 4 orang, iaitu Ida, Amoy, Alin dan Aus.

seperti yang kita selalu dengar 'a picture tells a thousand stories'. so, let's move on to the picture session. without any delay, pleas enjoy.:)




mama aku seorang tukang masak. dia ada gerai kat medan selera di tepi masjid Taman Cendana. ayah tolong mama, lepas dapat kecederaan di buku lalinya semasa bekerja sebagai kelindan lori. haa...cuba tengok gambar kat bawah ni. nampak sedap x?terliur tak??haha..


 yang ini nasi goreng seafood. superb kan?ini 1st time aku nampak NGS y betul-betul SEA. tau apa isi dia? hmm, 2 ekor kupang. tau x kupang tu y mana?tu, y warna hijau kehitaman tu. lagi, separuh ketam, lala, udang, dan sayur-sayuran.harga berapa?RM4.50. ko dapat kat cini?MUSTAHILL!!


yang atas tu eryn punye. aku order nasi goreng hailam. memang tak kalah la dgn seafood. dapat gak 2 ekor kupang, udang dan sayuran. nak compare dgn y dekat foodcourt?aku berani kerat jari la!haha




aktiviti pertama kami adalah menjadi fasilitator bagi pelajar sekolah di sekitar Pasir Gudang. aku dapat Sekolah Menengah Pasir Gudang 2. walaupun aku bukan seorang fasi yang bagus, tapi alhamdulillah, aku bersyukur dapat berkenalan dengan mereka. baru aku tau macam mana perasaan budak yang selalu buat hal kat sekolah. maklumla, kawan-kawan aku semuanya baik-baik belaka.





hari kedua diadakan sukaneka dan berbagai aktiviti bersama masyarakat Taman Cendana. antaranya adalah karaoke, sama tapi x serupa, memasak, dan lain-lain. family aku menang 2 hadiah, dan dua-dua disumbangkan oleh mama dan ayah..-..-"

pada malamnya, kami skip program ceramah dan pergi berjimba ke Pasar Karat, JB. terukkan?ish3...tapi, ini namanya pengalaman. bila lagi nk pergi kan?haha


pada keesokannya, hari terakhir. ada program di Stadium Tertutup Pasir Gudang pada pagi. petang nya kami bertolak pulang. namun, kami sempat berjalan di Melaka. memang sempoi la pakcik bas. sanggup pusing2 melaka semata nak cari tempat makan.

sesungguhnya pengalaman ni amat berharga memandangkan kali pertama aku join program anak angkat. semoga hubungan aku dengan keluarga angkat akan berkekalan, insyaAllah..;)

~sekali bertemu, bersaudara selamanya~

Catatan Popular