~ "You are my RIVAL"!!!~;(

assalamualaikum....

hmmm..peristiwa hari ini yang sangat menyentapkan jantung aku...
pengakuan berani mati kawan terhadap aku..
serius mmg dah tak ada tapis-tapis...
gila staraight dia cakap!
rasa nak back hand je...
tapi..sabar..kawan kan.....

tadi, masa kelas GIS, aku dgn kawan tu keluar pergi toilet.
sambil jalan nak balik kelas, kami pun berbual-bual la...
aku tertimbulkan isu yang pasal seorang kawan yang lain..
kawan aku ni mmg menyirap dgn kawan sorang tu
yang sorang tu lelaki au!
membe ak menyirap sbb diorang dari persatuan yang sama. 
then, laki tu suka nak tau markah membe aku ni, bagi setiap test dan exam

aku cakap la kat membe aku tu, yang tyme dr. bagi kertas ujian , budak tu sebok nak tgk markah kawan aku ni..
then kawan aku jawab, dia dah x kesah dah..
aku pun pelik la.biasa dia sgt pantang  pasal benda tu.
mesti dia akan menimbulkan ketidakpuashatian...

aku yang pelik, lantas bertanya "kenapa?"
dia pun jawab la yang budak tu jadikan dia sebagai musuh dalam pelajaran..
dia x kesah pun..

lepas tu, aku pun tanya lagi.."kawan yang lagi sorang?"
dia jawab, dia x kesah jugak, sebab kawan yang itu mmg berhak dapat markah yang tinggi sebab mmg nampak dia rajin belajar...

dan aku bertanya lagi...."habis tu, siapa yang ko xpuas hati??"

jawapan nya..."ko!!"
aku: apa????:O

aku bertanya: kenapa pula??
jawapannya..." aku x puas hati dgn ko sbb ko tu malas belajar, tapi dapat markah selalu tinggi dari aku..orang lain aku x kisah sebab aku tau diorang rajin belajar...kau aku tengok asyik tengok movie, tidur banyak..tapi semua test mesti lagi tinggi dari aku..."

aku tanya lagi: aku rajin jugak la belajar.ko mana tau??
jawapan dia: tak payah la..aku tau ko tu..


lepas dari kawan cakap macam tu, aku sangat terasa! ini menampak kan bahawa dari kacamata dia, ak merupakan seorang yang sangat malas. dan aku tidak layak utk mendapat markah yang aku dapat...
namun, sedarkah dia, bahawa aku juga berusaha untuk mendapatkan apa yang aku dapat? perlukah aku menonjolkan kerajinan aku dengan membuat nota, tidur lambat, print nota daan sebagainya???

hakikatnya, setiap orang itu mempunyai cara yang berlainan untuk menghadapi sebarang cabaran dan ujian...walaupun terasa ayat aku ini agak tidak menerangkan maksud aku yang sebenar..namun hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu apa yang terbuku di dalam hati...

tapi, aku ada teringat yang kawan aku ni pernah cakap yang aku ni 'fast- learner'
bagi dia la kut. namun bagi aku, aku la 'da slow as snail learner...'
namun....mungkin itu salah satu nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada aku...
selama ni aku mmg xsedar benda tu.tapi, bila kawan aku dah cakap....
hmmm, macam  betul juga.Alhamdulillah...;) 

p/s: alhamdulillahi a'la kullihal wa astaghfirullah....
segala puji bagi Allah atas setiap sesuatu, dan aku memohon keampunannya.....;)


Catatan Popular