Something about 1%

Assalamualaikum w.b.t

      Pernah dgr tajuk cerita ni? Ni cerita korea..dulu2 punya. dah lama dh la...tapi best sangat!hero hensem, heroin pun comel..haha.Tapi aku xnak cerita pasal drama korea ni.ada benda lain yang aku nak cerita. Benda yang deep in my heart, aku teringin nak buat benda tu..;)

       tadi dalam kelas keusahawanan, Dr. ada beritahu tentang bussiness plan.Apa kepentingan kita untuk berniaga...dan y last yang buat aku stop to ponder adalah..."impian untuk dijadikan kenyataan.." Kadang-kadang aku rasa kelas keusahawanan ni inspiring tau! dia berjaya meluahkan keinginan aku yang terpendam jauh.....dalam lumpur di lubuk hati yang paling dalam!haha

       Apa impian aku tu??Impian ni tercetus masa perjumpaan dengan penyelia projek aku, Dr. Makmom. Dia cerita macam mana sedihnya dia, bila lihat rumah orang MELAYU yang sangat nazak....yang disebelahnya tersergam indah kilang orang CINA yang berpagar tinggi dan mewah..dia (Dr makmom) menyatakan kekesalan terhadap bangsa M yang tidak berusaha memperbaiki taraf hidup..

      beliau juga menyarankan kami (aku la terkesan) agar berusaha untuk menjadi kaya-raya dan jutawan...sambil beramal. bela nasib orang yang tak berkemampuan..sekarang ni jurang antara kaya dengan miskin di Malaysia adalah sangat besar...;(

      Maka, aku berasa terpanggil untuk merealisasikan impian tersebut. Dr. Hafizan cakap...biarlah kita ada impian. bisikkan dalam hati setiap hari, jangan biarkan impian itu pudar.insyaAllah, ia akan menjadi kenyataan...tapi, jangan lupa usaha la. Kalau setakat impian, jadi Mat Jenin je la..hehe..

    ATAU, PERLUKAH AKU MENGUASAI PUTRAJAYA BARU DAPAT MENGEMBALIKAN HAK-HAK MEREKA YANG TIDAK TERBELA, ATAU TERLEPAS PANDANG OLEH PEMERINTAH?????mungkin juga! tidak mustahil bukan??haha..

Catatan Popular