Harga seulas DURIAN

assalamualaikum.

besok paper ke-3 untuk final exam semester 6, tahun 3, sesi 2011/2012. fuhh, dah 3 tahun tu.
ok, sekarang musin durian kan? mana mana ergi, especially tepi jalan, mesti banyak lori jual durian. cam sedapnya. tak merasa lagi buah durian tahun ni.yeke?
yela kot. ntah. aku pun tak ingat.haha


nak dijadikan cerita, semalam, tiba-tiba jiran sebelah hulur buah durian. waahh, rezeki. memangla tak banyak. dapat la merasa seorang seulas.haha.

seulas tu banyak ertinya pada orang yang dah lama teringin. macam orang mengandung yang mengidamkan durian. asal dapat seulas pun jadilah. janji dapat tunaikan hajat.konon tak nak bagi anak yang lahir nanti air liur berjejer.

boleh percaya ke? ma aku sepanjang beranak 6 orang makhluk yang tak berapa nak berguna lagi, tak pernah dia mengidam. ini special case. nak tahu kenapa??sebab dia tahu,abah aku konfem-konfem tak carikan apa yang dia nak. jadi, tak perlu nak dilayan keinginan itu..;)

yang aku nak ceritakan durian yang jiran aku bagi. hmm, ni la salah satu kelebihan bila kawan terdekat dalam status bahagia. kita sebagai jiran sebelah dapat la sedikit menumpang tuah tu.contohnya, durian tu la!
dia keluar dgn BF dia kot. then beli buah. macam kelmarin, dia beli buah pauh. hulur juga kat jiran (aku la).

itu la contoh jiran yang baik. tau tak apa definisi jirang yang sebenar dalam islam?
sedengar aku dalam beberapa pengajian, jiran adalah mereka yang berada 40 kanan, kiri, atas, dan bawah dari kita. jadi, kita hendaklah menyenangkan hati jiran kita..;)

hmm..diharapnya Tuhan memperkenankan doa aku untuk menjadi seorang yang kaya pada masa hadapan. dengan rezeki yang melipah itu, dapat lah aku menolong mereka-mereka yang tidak berkemampuan..insyaAllah. sila aminkan!
amiin...:)

~semalam kawan aku dari muar sampai. sabtu besok ada Hari KOOP SEPINTAR. aku tak dapat pergi sebab besok ada paper pukul 5-7 petang.sedeyhh!!;(

Catatan Popular