Perjalanan masih panjang

Assalamualaikum w.b.t

Tadi exam Keusahawanan. Soalan dia, memang syok la. Tu la, lain kali berlagak lagi. Tak tau nak baca apa la, tak payah baca pun tak pa, goreng-goreng pun boley, bla-bla-bla. Realitinya bila buka kertas soalan...homaigod!!!

"apakah itu keusahawanan?"

"apa itu misi dan visi syarikat?"

"apakah maksud profil syarikat?"

hahaahaha..memang sedap sambal petai gorengan aku tadi..;)

Berbalik kepada isu yang sebenarnya ingin aku perkatakan.
Hari ini, tadi la maksudnya. Tadi pagi aku keluar dengan sorang membe ni ke pasar tani MAEPS. Jalan kaki je. aku janji dengan dia, nak gi pukul 8.30 pagi. Sekali terlajak tidur, dia kol pukul 8.40 baru bangun.haha, terbaik punya janji.

Kawan aku ni, nama dia Najwa. Kenal dia dari zaman matrikulasi. Kami sekelas masa semestar satu. kelas tutor H1T6. Nak dijadikan cerita, jodoh kami dipanjangkan sampai ke Universiti. Cumanya berlainan kursus. Dan, kursus dia hanya 3 tahun! aku 4 tahun!!

semalam exam terakhir dia, dan dengan sekaligus bermaksud dia dah habis belajar di UPM dan telah menamatkan zaman U nya. bestnya!!Kami keluar tadi pun untuk meraikan dia yang dah habis belajar dan mungkin untuk yang terakhir alinya aku berjumpa dengan dia. Lepas ni dia dah kena kerja, dan mungkin balik ke negeri asalnya iaitu Kedah darul Aman. Aku masih berbaki satu tahun, iaitu satu sem kuliah dan satu sem lagi latihan industri @ praktikal.

Kembali kepada agenda ke Maeps ye. Salah satu motif aku ajak dia ke pasar adalah untuk membeli cream puff!!waahh, dah lama sangat tak makan. bila tengok cerita jepun "Zetta Kareshi @ Absalute Boyfriend" makin teridam-idam pulak aku dengan cream puff. hanya pasar tani Maeps satu-satunya tempat yang aku tau ada jual. tempat lain tak taula sebab aku ni mana ada transport nak berjalan bagai.

















Mod pengangkutan kami ke sana adalah dengan berjalan kaki. Tak ada la jauh mana. 15 minit jalan, sampai la. Yang membuatkan aku terkejut pagi tadi adalah, Najwa pakai baju kurung! wow, kita nak berjalan kaki ke pasar, nak lintas jalan bagai....daebak!!memang terbaek!! alasan dia, tak ada tudung yang matching dengan t-shirt. malas nak gosok.haha

Dia nak balik ke kedah hari Isnin ni. Besok dia nak pergi join program seharian melawat Melaka. Tak sangka pula Melaka tu tempat yang sangat dia nak pergi!hehe..

dah balik bilik, makan-makan-makan, kenyang. Alhamdulillah..;)
Tiba-tiba dia bagi aku bungkusan. Haaa?? aisey, malunya aku. aku xda sediakan apa-apa pun untuk dia. tapi, aku memang dah niat, nak beli kan cenderahati untuk dia kat Korea tu.hehe..sabar ye Najwa. Hadiah ko jauh, kena tunggu sikit!

















apa lagi aku nak cerita? macam tak ada apa dah. Ooohh, besok final paper aku untuk sem ni. Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli. Ya Allah, permudahkan lah urusan aku untuk menjawab soalan yang bakal ditanya besok. amin..amiinkan!!

eh lupaaa!!hp baru aku. beli housing baru, tapi hampeh! tak boleh fit dengan hp. sia-sia RM6 ak.



~ "apabila kita melihat suatu kemungkaran, hendaklah dicegah dengan tangan (perbuatan). jika tidak mampu, cegahlah dengan mulut (percakapan). dan sekiranya tidak mapu, cegahlah dengan HATI. seungguhnya itu adalah selemah-lemah iman..."


memang susah untuk menegur kawan yang rapat. aku hanya mampu beristighfar, dan memohon Allah membuka pintu hati kawan tersebut.

"watch your mouth. what you talk about other's, it'll be reflected in your future acts"

Catatan Popular