Seperti yang diperkatakan

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini hari Jumaat, Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk bernyawa dan meneruskan layar kehidupan. Pernah tak kita bayangkan, buka-buka je mata dah ada dalam kubur? tak pun tengah dimandikan??sungguh tak terbayang aku.

Final paper aku tinggal dua lagi. Sabtu dan Ahad. Sabtu, subjek Keusahawanan Dalam Alam Sekitar, dan Ahad subjek Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli. sikit je lagi.Sabar ye..;)

Isnin? Selasa? Rabu??
ada tak aku cakap yang aku nak pergi jauh? memang tak ada pun.hehe.insyaAllah, Rabu ni aku akan pergi berjalan jauh sikit. buat pertama kalinya aku akan naik kapal terbang, dan pertama kali menjejak ke LCCT Sepang. jauh sangat ke? xda la jauh mana, tak keluar Asia pun!hehe..

tanpa berselindung lagi, yang sebenarnya...aku akan ke Seoul, Korea Selatan. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang rabu, 27hb jun pada jam 9.30 pagi aku akan berlepas ke Incheon International Airport. doa-doakan la aku selamat sampai ke sana.

macam mana aku boleh nak ke sana?
sebenarnya, semuanya bermula dari awal semestar yang lepas. beberapa membe ajak ke sana sebab Air Asia tengah buat promosi. aku mula-mula memang berbelah bagi.nak ke tak nak? kenapa dorang ajak aku?kenapa x ajak orang lain?alasannya, sebab aku dapat biasiswa. kalau ajak membe yang guna pinjaman, macam kesian pula. dah la dapat tak seberapa. nanti buat kesian je. dan, dari situ lah semuanya bermula.

pada rabu lepas, kami telah keluar bersama-sama untuk tukar duit dan beli bekalan makanan. total makanan dalam RM100++.tp, tu pun xtau cukup ke tidak.6 hari 5 malam, InsyaAllah cukup!pakaian pun dah siap kot. tak da la banyak mana aku bawak. dah memang tak banyak baju, bawak je la mana yang ada. biarla, aku yang paling tak trendy antara kami berenam nanti!haha. ada aku kesah??




duet poket cukup ke? InsyaAllah cukup. niat sekadar untuk berjalan, mencari pengalaman di bumi Allah yang luas ni. buah tangan, cenderahati tolak ke tepi. ada duet lebih baru aku boleh fikirkan. hadiah untuk siapa? ada la beberapa orang yang aku dah fikirkan. yang paling utama, keluarga sendiri la. lepas tu, keluarga angkat kat Pasir Gudang. kawan-kawan, ada la beberapa kerat.hehe..

~semalam aku ada la mimpi pasal nak ke sana. awal-awal memang cantik la. aku sampai kat incheon airport, jalan-jalan dalam tu. then, keluar berjalan nak ke tempat penginapan. tak pasal-pasal  sampai ke Indonesia. dari situ, sesat cari jalan sampai ke Kundasang, Sabah. WTH??x pasal kan? dah tempat tu creepy. malam-malam je dengar cik pon mengilai.haha..macam-macam..;)

Catatan Popular