A very short moment to be remembered :)

Assalamualaikum
apa khabar sahabatku sekalian

malam tadi aku telah mengahadiri suatu program bersama beberapa rakan dari sekolah menengah dulu.
nama program tu adalah 'A Moment To Remember".

program berbentuk forum ni menampilkan 2 orang selebriti yang menjadi ikon ramai muslimah di dua buah negara. mereka adalah Wardina Safiyyah (Malaysia) dan Oki Setiana Dewi (Indonesia). Wardina memang tidak asing bagi rakyat Malaysia. malahan, cerita mengenai penghijrahannya memang telah diketahui umum. beliau sendiri malas nak mengupas kembali mengenai isu tersebut, dan meminta untuk mencarinya di uTube, Ini Kisahku.

bagi mbak Oki pula, ceritanya hanya diketahui oleh orang2 yang mengikuti programnya sahaja. sedikit info mengenai gadis berusia 23 tahun ini. beliau dilahirkan di Batam (sebuah kepulauan Indonesia di bawah sikit dari Singapura). anak sulung dari tiga beradik, yang kesemuanya adalah perempuan. sejak dari kecil lagi beliau mengimpikan untuk menjadi seorang aktress.

malahan, pada usia 4 tahun, beliau telah mula berlakon di hadapan cermin bagi babak mendapat anugerah disebuah majlis yang berprestij. pada usia 16 tahun, mengorak langkah ke Jakarta bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang pelakon. namun, semua uji bakat yang dihadirinya tidak membuahkan hasil.

sehinggalah pada suatu hari, ibunya telah disahkan menghidap penyakit yang agak kritikal dan terpaksa dihantar ke sebuah hospital di Jakarta. dengan ketiadaan pekerjaan, Oki memerlukan sejumlah wang yang besar bagi membiayai kos perubatan ibunya. dalam keadaan yang 'berputus asa', beliau telah berdoa kepada  Allah; " ya Allah, sesungguhnya aku akan memakai hijab. semoga dengan penghijrahan aku ini, Kau dapat menilai keikhlasan dan memudahkan urusanku" (lebih kurang gitu la maksud dia).

2 hari kemudian, beliau dikejutkan dengan panggilan dari sebuah produksi yang menginginkan beliau memegang watak utama dalam sebuah sinetron. beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana memerlukan beliau membuka hijab. pelbagai kata hinaan yang telah dikeluarkan kepadanya lantaran penolakan tawaran tersebut. dalam doanya, beliau meminta supaya Allah memudahkan urusannya, dan membuktikan bahawa orang yang berhijab mampu menempa kejayaan.

pada tahun 2010, tempat pengajiannya iaitu Universitas Indonesia telah menjadi tempat untuk uji bakat filem 'Ketika Cinta Bertasbih'. namun, minatnya dalam bidang lakonan telah lama dilupuskan. hinggalah atas desakan rakan-rakan, beliau mencuba nasib dalam uji bakat tersebut. sejak dari itu, beliau mula dikenali ramai. malahan telah menempa sejarah Indonesia apabila mendapat dua anugerah sekaligus dalam satu majlis, dan merupakan seorang aktress yang berhijab!

itulah serba sedikit mengenai latar penghijrahan cik Oki. banyak input yang didapati dalam majlis ini, namun tak dapat la aku nak kongsikan semuanya.hehe..yang pasti, setiap cubaan dan dugaan pasti ada hikmah disebaliknya.

Apabila seseorang itu berhijrah ke jalan yang baik, pasti terdapat banyak halangan disepanjang jalan tersebut. ini kerana Allah ingin menguji keikhlasan kita dalam berhijrah..(oki setiana dewi)
dan seperti biasa, di sini ada sedikit gambar untuk ditatap bersama. tatapilah!!(ceaahhh!!)









 ~besok mula final exam! ya Allah, permudahkan segala urusanku..ameen..;)

Catatan Popular