Mid-Night Run for Homeless

Beberapa hari yang lepas, 26 hb Julai aku ada pergi program seperti yang tertera di atas. Sekadar memberitahu, semalamnya, 25 Julai adalah birthday aku.haha.

Dapat tahu program ni dari Pian kadir. Dia yang post dalam group batch, dan aku beserta Tshy (bukan nama sebenar) pun berminat.

26hb, aku pun gerak dari Serdang ke Gombak. aku tumpang rumah Tshy, sebeb tahu progam tu akan habis lewat malam.

Apa sebenarnya program ni? ia sebenarnya adalah aktiviti kebajikan yang tetap yang dilakukan oleh badan '1 charity @ Masjid Jamek'. Kami menjadi ahli sukarela bagi menyediakan makanan dan mengagihkannya kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Program ini juga adalah usaha sama dengan sebuah pertubuhan belia, iaitu Malaysian Young Humanitarian. kalau ada sesiapa yang berminat, boleh la buka page ini di Facebook. banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan okeh kelab ini. antara yang terdekat adalah 'misi kemanusian ke Indonesia' pada Oktober ini.


Berbalik kepada golongan gelandangan. Mungkin bagi segelintir orang, 'gelandangan' itu sendiri mereka tak pernah dengar. tapi, 'homeless' tahu la. mereka ini adalah golongan minoriti terpinggir yang tinggal di kaki lima, bawah jambatan, atas jejambat, tepi jalan, dan mana-mana tempat yang difikirkan sesuai di tengah kota raya.

Mengapa mereka menjadi sebegitu? hanya mereka dan Tuhan sahaja yang tahu. Menurut Abang Burn, itu adalah soalan sensitif yang tidak patut ditanya kepada golongan tersebut. Beliau yang telah lama berjinak dengan aktiviti sebegini menjelaskan bahawa mereka sendiri (gelandangan) tidak mahu nasib mereka menjadi sebegitu. Namun, faktor trauma dan desakan hidup yang memaksa.

Kebanyakan dari golongan ini adalah mereka yang telah disisihkan dari keluarga. Terdapat juga mereka yang tidak diterima oleh masyarakat atas kesilapan mereka yang lampau. Dan, ada juga mereka yang menjadi trauma akibat peristiwa lampau, yang telah menutup pintu hati mereka dari meneruskan hidup yang sempurna.

Sebelum aktiviti pengagihan dimulakan, Kak Enn iaitu salah seorang ahli sukarelawan tegar yang telah berkhidmat selama 19 tahun telah menjemput seorang tetamu untuk memberi sedikit pengisian dan renungan bersama. Orang tersebut adalah Cik Lan. Beliau adalah golongan gelandangan, dan kini sedang menghidap HIV positif! Penyesalannya terhadap perbuatan yang lepas telah mengusik jiwa belia kami. Beliau berpesan dan berharap kami tidak sesekali terjebat dengan dadah dan diikuti dengan seks bebas! itu lah punca yang menjadikan beliau hari ini. Namun begitu, kehidupan perlu diteruskan dan selagi nyawa belum dikandung badan, pintu taubat masih terbuka. insyaAllah.

Cik Lan juga memberitahu bahawa antara ramai rakan senasibnya, hanya beliau yang masih kuat dan masih meneruskan hidup. Rakan-rakannya yang lain sudah tidak sanggup hidup dan telah menamatkan riwayat hidup mereka sendiri.

Oleh kerana kerahan tenaga untuk memasak dan kerja-kerja kasar telah mencukupi, maka kami selaku wanita golongan minoriti telah diarah untuk naik ke stor pejabat dan mengasingkan pakaian-pakaian terpakai mengikut kategori; wanita, lelaki, dan kanak-kanak.

Sambil-sambil membuat kerja, kami sempat berkenalan dengan semua sukarelawan wanita. Jumlahnya hanyalah 9 orang. Kami semua dari latar belakang yang berbeza. Antaranya adalah; Adila (pelajar tahun 2, perubatan di dublin, ireland), Apam (bekerja, 24tahun), Bella, Nabila, Nepp, Farah, dan 3 orang lagi. bila kenal Adila ni, rasa sedikit envy dengan dia. Tapi, tidak mengapa. Sema orang ada rezeki masing-masing.

Sambil-sambil kami mengasing dan melipat baju, Abang Burn datang dan berceloteh bersama kami. Apam si peramah itu bertanya kepada Abang Burn, realiti kehidupan golongan gelandangan. Masing-masing begitu teruja nak mendengar, memandangkan ia merupakan pengalaman pertama bagi kami semua.

Menurut Abang Burn, tidak semua mereka bermula dari bawah. Ada seorang yang dulunya adalah profesor di universiti tempatan, dan merupakan lulusan dari Harvard University. Namun, kemalangan jiwa yang menyebabkan kematian seluruh ahli keluarganya (anak-anak dan isteri) telah menukar hidupnya sejauh 360 darjah. Prof ini terselamat kerana beliau memandu kereta yang berasingan. Kini, beliau hidup terumbang-ambing mengutip kotak di sekitar KL.

Setelah siap mengemas, kami turun ke bawah untuk menolong apa yang patut. Rupanya, semasa kami di atas, mereka-mereka yang di bawah telah menjamu terlebih dahulu golongan gelandangan yang tinggal berhampiran dengan kawasan Masjid Jamek. Sungguh la mereka ini..;(

Kemudian, kami menolong membungkus makanan ke dalam bekas POLYSTYRENE!! antara menunya adalah; nasi putih, ikan goreng, sayur air, sambal belacan, dan air kotak. semua makan yang telah siap dibungkus dimasukkan kedalam kereta untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Konvoi pun bermula!! setiap kereta yang menyertai hendaklah memasang double signal (betul kah?). Baru aku tahu, memang begitulah tradisi berkonvoi. mungkin salah satu sebabnya adalah untuk proses pengecaman dan pengenalpastian! walla!! Oleh kerana, Tshy membawa kereta jenis MPV, maka kami telah menumpangkan Adila dan seorang lagi rakannya. Ntah apa nama budak lelaki tu. tak ingat sudah. dalam borak punya boraok, rupanya budak lelaki ni ex-intergomb. ciskekkk! musuh tradisi sepintar! dia membongkarkan satu rahsia iaitu nama panggilan sepintar oleh budak intergomb adalah KISAS 2. For me, it was a compliment! woha! (trademrk abang keretamayat)

Antara lokasi yang menjadi 'serbuan' kami adalah, Masjid Negara, Pudu Sentral, bawah jambatan di Central Market, Berjaya Time Square, dan lain-lain lagi. Secara jujurnya, kehidupan mereka sedikit menyayat hati. berbantalkan beg, berlantaikan kotak, berbumbungkan langit, dan diiringi muzik mozart dari sang nyamuk! Ya Allah, kau jauhkanlah diriku dan ahli keluargaku serta sahabatku dari ujian seperti itu.

kami sampai ke tempat kejadian lebih kurang jam 2.30 pagi, dan kebanyakan mereka sedang nyenyak diulit mimpi. namun, apabila terdengarkan bunyi enjin kereta yang berjemaah (maksudnya banyak la), langsung mereka terbangun! sungguh mereka dah cam bunyi kereta savior mereka. terdapat antara mereka yang belum makan dari siang hari. subhanallah, tabahnya mereka!

DON'T during the mission
* jangan bagi duit, sekiranya mereka minta
* jangan ambil gambar, melainkan diizinkan oleh empunya diri
* simpan barang berharga anda; jam dan gelang (juz as precaution)
*jangan tanya soalan-soalan yang sensitif!

Misi berakhir pada jam 3 pagi. Namun begitu, ahli misi yang tetap masih meneruskan misi kerana terdapat nasi yang masih berbaki. destinasi mereka adalah TimesSquare. Oleh kerana keadaan jalan ke sana adalah kecil, maka mereka mengarahkan kami untuk pulang dahulu.

Sedikit taklimat dan ucapan penghargaan diberikan sebelum misi berakhir. Saudara Rizan Hassan selaku penaung Malaysia Young Humanitarian berharap lebih ramai belia yang dapat turun membantu golongan yang terpinggir. para belia adalah dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan kerana program ini adalah tetap, sepanjang tahun. waktu nya adalah setiap khamis dan jumaat. pada bulan ramadhan, majlis dimulakan pada jam 9.30 malam. namun pada hari biasa, majlis bermula pada jam 9 malam.

BERSAMALAH KITA MEMBANTU GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK

ERTI HIDUP ADALAH UNTUK MEMBERI
~ustaz hasrizal~



untuk melihat gambar sepanjang program, boleh lihat di page MalaysianYoungHumanitarians

Catatan Popular