Travelog to Seoul~ 1st Day

Assalamualaikum.

GWANGHWAMUN SQUARE
@ dataran sejarah

Pagi, lebih kurang jam 8.30 kami keluar dari bilik menghala ke subway myeongdong. alahai, terlangkah kidal. ahjumma, oppa, ahgassi, ahjussi dsb semua tengah rushing nak pergi kerja. memang sesak la tangga, escalator. tren pun penuh! tapi, gerabak dia tersangat la panjang! tak terkira. tak main la 6 koch macam KTM yang baru ni.haha

Destinasi pertama adalah Gwanghamun Square. sebuah dataran yang menempatkan bahan-bahan sejarah yang dipamer utk tatapan umum. tak ada apa sangat. patung raja depa, monumen bagai, bunga-bunga yang cantik, dan rumput. destinasi utama yang sebenarnya adalah untuk ke Gyeongbokgung Palace. hanya perlu berjalan sedikit untuk sampai ke sana.

macam mana nak ke GS? senang saja. oleh sebab sistem tren mereka tersangatlah efisyen, maka insyaAllah anda tidak akan sesat. itu pun kalau betul-betul tengok peta dan buat background study dulu.
untuk ke sana, sila ambil LINE 5 (warna ungu) dan turun ke stesen Gwanghwamun. kemudian, keluar ikut exit #7. suka untuk mengingatkan, exit itu adalah sangat penting. jika salah ikut 'exit', kita mungkin akan terkeluar dari jalan yang benar.

tugu panglima yang gagah berani. tak tau pun sebenarnya sebab, semua fully in hangul



nampak bangunan belakang tu?gyeongbokgung palace.

usaha untuk mengkomersialkan petani. good job!!


kronologi sejarah di era sejeon hinggalah ke hari ini.

GYEONGBOKGUNG PALACE

sebuah istana tinggalan dari zaman silam. telah mengalami banyak fasa penambah baik pulihan kerana telah rosak dikerjakan dek tentera jepun durjana!haha

Korea tersangat menyayangi warisan istana mereka. banyak istana zaman silam yang mereka pelihara, kerana itulah sumber penjana ekonomi mereka. dalam banyak-banyak istana, aku pergi istana ni je sebab tak kose la nak tawaf banyak-banyak istana. besar kot. duet lagi. dalam sama je. cuma ada la beza sikit-sikit. bayaran masuk adalah 3000won seorang. di situ anda boleh keliling dan terokai istana tersebut. kalau nak khidmat tour guide percuma pun ada disediakan. tapi ada masa-masa dia la. tunggu kat depan kaunter tiket. bagi yang memang nak masuk semua istana, dinasihatkan korang beli integrated tiket. satu tiket untuk semua istana. tiket tu valid untuk tempoh satu bulan.







bilik belajar



NATIONAL FOLK MUSEUM

hajat di hati tak nak masuk pun muzium tu. tapi bila terpandangkan FREE ENTRANCE FEE, tak fikir panjang dah la. typical muzium, macam kat malaysia jugak la. but still worth to pay a visit.


muzium ni terletak hanyalah sebelah istana. jadi, sudi-sudilah menjengah untuk mengisi jadual kembara anda..;)

BUKCHON HANOK VILLAGE

landmark bagi kawasan ni adalah rumah-rumah lama yang dipelihara. ia merupakan kawasan perumahan persendirian, jadi kebisingan melampau adalah dilarang keras!

objektif pada asalnya adalah untuk melengkapkan 8 pemandangan di perkampungan ini. namun, hasrat terbata dek beberapa kekangan. jadi, pada mereka yang berkesempatan, silalah berbuat demikian. sekiranya anda sesat tak jumpa jalan, sila bertanya orang ataupun information centre. di sana, peta akan diberikan dan akan lebih memudahkan perjalanan anda..;)






how to get there?? simple dimple and pimple..go to Anguk Station (line 3, exit #3). but please do some reading before get here. aku sendiri salah ikut exit, dan tak jumpa jalan yang lurus..;)

NAMSAN TOWER


oleh sebab jarak nya yang hanya sekangkang gorila dari hostel, maka perjalanan secara manual adalah lebih diyakini, bagi mengurangkan kos!

sejak azalinya negara korea ini adalah berbukit bukau, maka mereka yang datang dari negara yang struktur buminya adalah rata akan mengalami beberapa simptom iaitu kekejangan otot dan kesengalan peha.



tammat sudah untuk hari yang pertama. memang sungguh tak tipu, penat yang amat! kalau kat kolej, nak mendaki ke tempat bas pun dan merungut. kat sana apa tah lagi.dugaan....:)

Catatan Popular