Travelog to Seoul: 3rd Day

Assalamualaikum.

HANBOK RESERVATION SESSION.

For those yang pergi ke negara-negara yang berBUDAYA, memang tak sah kalau tak pekena baju budaya mereka. betul ka baju budaya?haha..

oleh sebab pakaian traditional korea adalah hanbok, maka kami pun teruja la untuk mencuba.sekali sekala apa salahnya perasan masuk era joseon, jalan tunduk, siqah bagai!hehe.

kat mana try hanbok ni? yang aku pergi hari tu, dekat area myeongdong juga. itu pun dapat dari blog fatin liyana. tempat nya adalah di M Plaza. keluar subway myeongdong, exit berapa ea?ak pun xtau, sbb hostel ktorg area situ.juz cross road, then sampai.

oleh sebab itu, rajin kan diri mencari peta. then tanya information centre. service mereka adalah sangat efisyen. they even letak tourist guide kat tengah-tengah pasar, takut-takut ada tourist nak tanya apa-apa.

M Plaza ni satu bangunan. dalam tu adala kedai-kedai macam starbusks dan Daiso. sebelah bangunan tu ada Forever 21. bagi yang memang kaki beli baju, memang tau la Forever 21. aku baru tau kat situ..haha..noob!
kedai-kedai kat korea stat operasi pukul 10.30pagi. sebelum dari jam tu, adalah dilarang masuk!

kedai-kedai depan M-Plaza

hujan.sementara tunggu 10.30 pagi

forever 21.
bila dah jumpa M-Plaza, naik lif dan cari 'tourist information centre'. gitu la kot nama tempat nye. kalau tak salah tingkat 4. kalau salah, tak tau la kan. tempahan mestilah dibuat pada hari yang sama. sesi pertama adalah pada jam 10.30 pagi, dan yang terakhir jam 8.30 malam.

oleh sebab kami nak berjalan-jalan dulu pada sebelah pagi, maka kami tempah pada sesi yang terakhir, iaitu 8.30 malam.


ni la aksi-aksi budak malaysia yang pakai hanbok. memang rasa batak gila. buat bising bagai dalam pejabat tu. tapi, bia la!bukan dorang paham pun apa kita cakap!haha..ni la geng-geng kembara korea aku. nak introduce ke?hmm..boleh la. yang gambar atas ni...yang duduk dari kiri: ku noor , syafiqah.
berdiri dari kanan: farah, fatin, dan samizul


ku nor kata "wei jom buat gaya makcik-makcik"

WORLD CUP STADIUM PARK

Terdapat sedikit kontroversi pada hari ke-3 ni. oleh sebab cuaca yang tidak berapa best iaitu hujan dari pagi, maka kami tersekat dan buntu untuk keluar. ikut jadual, kami akan ke WCSP. tapi, sebab cuaca majoriti tak nak gi. dorang prefer shopping di dongdaemun.

aku shopping?sori, not in my dictionary. at last aku decide pergi juga WCSP. bukan aku sorang, syafiqah ikut sekali. kami memang tak berapa sekepala dengan yang lain, sebab dorang kaki shopping.
lagi pun, memang niat aku sebelum datang korea.." aku pergi korea adalah untuk berjalan, cari pengalaman dan lihat keindahan ciptaan Ilahi di negara orang.."

maka, berkelanalah kami berdua ke WCSP. gila penuh onak dan duri untuk sampai ke sana. jauh jugak la tempat tu. nasib dorang yang lain tak ikut. kalau tak, tadah je la telinga dengar dorang merungut...;O

route subway untuk ke sana:
(routes may subject to changes, according to someone's ability to find the shortest way)
1) myeongdong-seoul station : line 4, biru cair
2) seoul stn - city hall : line 1, biru tua
3) city hall - hapjeong : line 2, hijau
4) hapjeong- wcs : line 6, coklat
5) exit no berapa ntah.sebab aku pun salah exit. tapi cari exit ke WCS.

4 kali transit. hebat kan??hmm..nasib la si syafiqah ni ok je. kalau dia merungut pun dalam hati dia je la kot.

di sana, kita akan nampak tersergam stadium yang digunakan masa world cup 2012. banyak la gambar Park Ji Sung depa.

exit dari subway stn






cari-cari taman yang dicari tu tak jumpa-jumpa! nampak ada satu bukit kat tepi stadium. ramai lak ahjumma naik ke sana. aku dengan syafiqah pun join la..semput juga naik bukit ni. memang dah habit orang korea ni. sampai ke tua pun exercise naik bukit.

bukit ni pun oraite la. nampak stadium dari puncak bukit. lepas turun bukit tu, melilau lg cari taman larangan.

alkisah, kami nampak ada muzium world cup kat stadium tu. ingt xnak masuk la, juz nak tanya arah kat kaunter je. bila nampak entrance fee dia cuma 1000won, kitorang memang tak teragak dah. let's rock!haha...


berdua lebih baik..haha

OMG! orang kampung. sungguh xdengar kata. lg ckp jgn conteng dinding, lg dy conteng..;(




habis tawaf muzium, kami pun bergerak ke taman larang mengikut peta yang diperoleh! memang sangat berbaloi untuk datang ke sini, sebab taman-taman dia memang cantik dan bersebelahan dengan han river.




bersih sangat stream dia.


usaha TANGGA kejayaan





rumah burung

refleksologi. ntah biji apa la. sakit!

asalnya tak tau pun pasal taman ni. sorang kawan gitau. taman ni cantik a.k.a tempat video clip lagu apa ntah kumpulan JYJ. membe aku tu hard core JYJ.


gaya poyo.nak bergedik-gedik sikit.kebetulan tak ada orang kat area tu.hehe..yang sebenar-benar sebab nak datang ke taman ini adalah lepas google tempat ni kat internet. rupanya bukit ni pada asalnya sebuah landfill. tapi, di baikpulih jadi taman, dan kebanyakan monumen dan replika kat sini semuanya dari used material.

salute kat dorang. bila la Malaysia boleh buat macam ni..:(

~hujan emas di negeri orang, hujan abatu di negeri sendiri..;)

Catatan Popular