INDIA TRIP 2016: Himalchal Pradesh Part 3 (Rampur-Karchamm-Sangla)

Sambung lagi.

Untuk peringatan diri sendiri, skrg kami dah otw balik Selangor. Stay kat kampung 2 malam je. Macam tak berbaloi dengan keringat meredah jalan raya. Tapi, seeloknya sediakan payung sblm hujan. Sblm banjir, jalan tutup ada baik kita balik dulu.
.......

Ok. Lepas siap-siap mandi baring bagai dlm hostel, dpt msg dari kak zila. Dia dah belikan tiket bas utk naik ke Himalchal. Bas bertolak jam 6 ptg ke Rampur. Adalah diingatkan bahawa jangan terkeliru Rampur ni dgn Rampur tu. Ada 2 tmpt nama Rampur. Satu di Himalchal tu. Lagi satu di area bwh sikit dari Delhi. Aku pun dh buat slh hari tu.

Tiket bus blh dibeli di terminal bas ISBT. Kalau naik metro, sila turun di stesen Kashmere Gate. Lepas tu pandai-pandai la tgk signboard utk exit dan follow org ramai. Mostly dorang nak g terminal bus jgak.

Lupa bagitahu, agak leceh kalau bwk beg banyak mahupun berlenggang kangkung pabila menaiki metro di Delhi. Ini kerana setiap kali kita nak masuk stesen, kena scan macam dekat airport tu. Kena time peak hour, berderet org beratur. Polis oun tak larat nak kawal.Jntina diasingkan. Jangan risau.

Terminal bas ni agak besar. Mungkin fungsi dia ala-ala TBS kita. Bas ke segala ceruk ada. Kat sini pun kena scan barang! Dlm terminal ni lengkap facility. Ruang menunggu besar. Booth jual mknn banyak. Blh la beli air minum sebotol buat stok dlm bus. Harga standard sebotol rs20. Tapi kak zila kena kencing dgn org jual tu. Air dia beli harga lebih dari harga sepatutnya. Toilet banyak. Ada 2 'section'. Satu kat wing kanan, lg satu di kiri. Kat area luar terminal, ada gerai jual air teh 'chai' dan macam2 mknn. Sandwich dia nmpk tempting gler, tapi takot nak cuba. Tak pasal-pasal ada yang buat drama dlm bas!

Berapa harga tambang bas dari Delhi- Rampur? Jap check. Kami naik bus cabuk je. Seat keras, terasa kayunya. Takda aircond, pakai angin dari luar tingkap je. Ok. Tambangnya rs620/pax. Tempoh perjalanan 13 jams! Hamekau...Kalau nak try naik bas kerlaass banyak, blh la guna khidmat volvo bus. Tapi harga dia beza banyak la. Kami ni ahli rombongan bajet-bajet je, maka kewangan pun bajet juga.

Seat dlm bus 3+2. Kadang-kadang yang 3 tu blh jd 4. Nasibla badan. Tempat duduk sila ikot no yang tertera dlm tiket. Jgn duduk sesuka hati, melainkan penumpang tak ramai. Tiket simpan! Oleh sebab long distance journey, dia akan tukar driver+conductor dipertengahan perjalanan. Kiranya 2x cek la tiket. Beg blh simpan kat rak beg atas kepala. Kalau beg besar, sorongla bwh seat. Kalau besar gabak, blh cuba mintak izin kat conductor nak ltk beg kat kawasan driver. Kalau tak boleh, pandai2 la hidup. Nak riba ke mcm mana.

Oleh sbb perjalanan mlm, maka kat luar pun gelap la. Udara mlm pun sejuk. Tapi suasananya sungguh bingit dgn bunyian 'honking' dri bus, lori, kereta dan motorsikal. Tidak dilupakan auto! Dlm lebih kurang sejam perjalanan, bus akan stop utk berehat. Dinner katanya. Kalau nk kencing ke nak beli jajan, blh la turun. Tapi sila ingt no plat bus anda. Ada gak yang silap naik nanti. Lepastu, jgn lma2 pula keluarnya. Kalau driver dgn conductor dh naik, dorang pakai honk 2@3 kali je. Lepas tu ciao! Nasibla kalau kena tinggal.

Bila malam makin larut, mata pun makin kuyu. Suhu pun dah makin rendah. Belum sampai kwsn sejuk lg tu!haha...So, pd hemat aku kalau amek bus yang ada aircond tu agak tak berbaloi sbb mmg dh sejuk. Tak perlu aircond. Tapi tak tau la kalau ada heater dlm bus tu..
.
.
.
Buka mata dah nampak matahari..chakk!
Tak tau nama tempat, tapi dh masuk Himalchal la. Driver ntah bila bertukar pun tak sedar. Bila dh masuk Himalchal, maka bentuk muka buminya adalah gunung-ganang. Oleh itu, jaringan jalan rayanya adalah di lereng gunung yang sgt menakutkan! Tengok belah kanan, gaung dalam. Bus sekali lg berhenti utk sarapan. Boleh la turun utk regang-regang urat saraf yang cramped.

4hb Nov 2016

Dalam jam 10 pagi waktu tempatan, kami sampai la ke Pekan Rampur. Diingatkan untuk berhenti di stesen bus ye! Kami agak gelojoh hari tu. Mungkjn sbb tak sbr nk keluar dari bus dan kondukter pun mls dah layan kami, maka kami turun di tengah pekan yang sesak dan keadaan yang serabut nk turun bus. Orang-orang sini kalau nak turun, mmg pakai aci turun je. Tak da nye nk bg laluan kat org ke apa. Sabo je le!




Bila dh turun, mcm blur. Untuk pengetahuan, Rampur ni cuma persinggahan kami. Destinasi sbnr adalah ke Sangla Valley. Tanya org kmpung, dorang pun tahan la bus ke Sangla utk kami. Haa..disini lah silap kami. Bus tu bergerak dlu ke stesen bas Rampur utk ambil penumpang. Dalam sejam jugak kami bertapa dlm bus, sblm ia gerak. Sementra nak tunggu gerak, akan ada orang minta sedekah. Kalau berkemampuan, hulur la sikit. Tak luak pun duit kita. Aku tak hulur pun..@..@

Ok. Tambang ke Sangla adalah rs130/pax. Perjalanan kesana adalah lebih dahsyat. Oleh sebab hari siang, mmg blh nampak la gaung disebelah kiri. Bus agak sarat dengan orang-orang tempatan. Lupa dah nama etniknya. Tapi jenis yang pakai topi tu. Haa..lg satu. Orang kat sini agak tak memberi tempat duduk kat orang tua. Tp tak tau kalau time kami je depa tak bagi. Ada sorang nenek tua naik, bwk byk brg. Org2 laki buat bodoh je. Aku yang serba salah ni, offer la sbb kesian. Tua kot! Sekali semua dok pandang aku. Macam benda yang sgt pelik. Nenek tu offer space seat yang tgl cinonet sblh dia. Mmg tak la. Dah la jln sangat bengkang-bengkok. Sanggup lg aku berdiri walau ada beberapa percubaan utk berpusing sambil pgg handle dlm bus tu!





Dalam 4 jam perjalanan, sampai lah kami. Tapi tak sampai lagi! Bus turun kan kami di tepi jalan dan meneruskan perjalanan ke tpt yng tidak diketahui. Tak silap nama tmpt tu Karchamm. Kena ambil bus lain untuk masuk ke Sangla. Dek kerana penat naik bus, kami pun amik private teksi. Sekali lg kami diperbodohkan oleh kedangkalan kami. Tambang teksi tu dlm rs160 sorang. Walhal kalau tunggu bas, rs20 je sorang. Ni la padah tak pandai congak. Dari Karchamm utk ke Sangla ambil masa 1 jam.


...2021...
Penamat untuk kisah aku ke bumi India. Tak ingat dah alur cerita dan kronologinya.
Sekian.

13.1.2021, Bukit Kerinchi.





Catatan Popular