PKP 2.0 & WFH

 "Assalamualaikum!

Apa khabar saudaraku sekalian..."

Ternyanyi tak? kalau tak tahu, aku bagitahu. Lagu kumpulan Raihan, tajuknya Assalamualaikum.

2021..berkesinambungan daripada 2020 yang berawalan daripada 2019. Tiga tahun ini membawa duka yang dalam kepada kehidupan manusia sejagat. Covid-19 yang bermula di negara Tanah Besar China, merebak dengan jayanya ke seluruh pelusuk seantero dunia. 2020 yang dicanang bakal membawa dimensi baru, hanyalah palsu. 2021 menjengah, namun si Covid masih belum blah!

Bermula 13 Januari 2021, kerajaan Malaysia telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi negeri Selangor dan beberapa negeri yang lain. Seremban, Negeri Sembilan akan join the group bermula besok!haha..padan muka..Darurat Kesihatan juga telah diwartakan, bagi mengekang sebarang penularan yang lebih serius dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kes pun makin mencanak naik. Tak main dah 1, 2 dan 3 digit. Kita tapau 4 digit! Di pejabat tu pun makin ramai staf yang positif. Kontak rapat apatah lagi. Bos besar akhirnya berkenan untuk memberikan kami satu jabatan kebenaran untuk bekerja dari rumah (WFH), sederet sepanjang minggu ini. Itupun sebab dia dah dua kali jadi kontak rapat. Kalau tidak, jangan haraplah.

Dan aku pun mereputlah di sini, tidak pulang ke rumah orang tua. Konon bimbang menjangkiti mereka di rumah, andai kata aku ini pembawa yang tidak bergejala. Mana tidaknya, hidup di pinggiran ibu kota Kuala Lumpur yang penuh dengan manusia dan berhimpitan dalam tren LRT semasa pergi dan pulang dari pejabat.

Maka tersadailah aku di sini. Bekerja sambil meniarap, berguling dan macam-macam perbuatan lagi, bagi menghilangkan kebosanan. Makan pun ikut dan saja, sebab berasa tidak rajin untuk menapak keluar mencari makanan. Bagi mendapatkan ganjaran atas kemalasan ku ini, maka aku pun berpuasa. Bagus juga. Habiskan ganti puasa sebelum bulan Sya'ban menjengah dan Ramadhan muncul kembali.


Sekian bebelan.

19.1.2021, Bukit Kerinchi

Catatan Popular